Tweet Tweet

Followers

Search This Blog

Friday, August 26, 2011

Cakap Belakang Berani, Cakap Depan LARI

Kenape manusia sekarang ni suka cakapa belakang? Kenape mereka tidak berani cakap depan? Korang sendiri tau kan. And rasanya semua orang pernah alami perkara ni bukan?

Jadi, korang ada alasan tak kenapa manusia manusia sekarang ni suka cakap belakang? In my opinion la kan, sebab mereka takut rasanya. Mereka rasa lebh selesa cakap belakang sebab, takut kena belasah ke, kena maki balik ke. Macam macam alasan ada.

Bukan nak kata apa, saya sendiri pun pernah kata belakang (jujur ni ha). Tapi, bukan kah lebih elok cakap depan, kalau kita perasan la, kadang kadang naik menyampah tengok orang post macam macam di facebook, dan lama sosial lain. Lagi lagi kalau mereka gaduh dengan orang. Fuhh! ayat nak panas panas kalau cakap dalam facebook. Tapi, bila ajak jumpa, bukan main takut, ye ye la sangat nak jumpa. Sekali kalau kita muncul, mereka pula hilang. Mana keberanian anda?

Kalau boleh, sama sama praktikan lah bercakap depan depan ni. Tak da guna kalau cakap belakang. Masalah tak selesai pun. Tambah sakit hati ada la. Jangan belajar secara susah, kalau ada yang dah bagi tahu, ikut la kalau boleh. Mana tau satu masa nanti, perkara perkara begini semua dapat dielakkan. Betul tak?

Selain itu, kalau cakap belakang ni, banyak musuh boleh dapat. Sampai ke tahap, kawan baik sendiri boleh jadi musuh. Hanya disebabkan oleh perkara cakap belakang ni. Kan dah hilang satu kawan, musuh pula bertambah. Hidup nanti tak senang banyak musuh ni. Macam macam masalah lagi tambah ada la.

Kalau boleh, kita elakkan la perkara ni berlaku. Tak dapat apa apa pun. Kalau setakat nak dapat kepuasan hati, rasanya lebih puas kalau kita bersemua dengan orang itu. Sekurang sekurang nya kita dapat tahu reaksi dia apa semua. Betul tak? (macam ajar interpersonal communication pulak).

Apa apa pun, sama sama la kita berhenti cakap belakang ni. Tiada faedah yang boleh di terima. Lebih elok kita berbaik baik dan cakap terus terang dengan orang itu secara depan depan. Lebih afdal tau :)

2 comments:

  1. betul tu ! sokong 100%. by the way , suka part yang ni... " Mereka rasa lebh selesa cakap belakang sebab, takut kena belasah ke, kena maki balik ke. Macam macam alasan ada."

    seriously , thts true :)

    ReplyDelete
  2. Tau tak pa. Sebab tu I kata, cakap belakang berani. Cakap depan, LARI.

    ReplyDelete