Tweet Tweet

Followers

Search This Blog

Monday, August 29, 2011

Masa Zaman Kecil Dulu...

Entry ini dituju khas kepada mereka mereka yang dilahirkan pada tahun 1990 an.

Ingat tak zaman zaman dulu, ye zaman muda mudi, sekolah rendah dulu. Lagi lagi bila masa baru masuk sekolah rendah, iaitu tahun 1. Semua masa tu comel comel je muka, dengan lelakinya berbaju segak rambut belah tepi, muka penuh dengan bedak mak sapukan. Yang perempuan pula, sama ada berbaju pinafore ataupun berbaju kurung, rambut ikat tepi macam telinga arnab, tak pun ekor kuda. Comel sorang sorang masa tu kan? Teringat masa dahulu, ada budak menangis sebab takut ibu bapa mereka tinggal mereka di sekolah sorang sorang. Sampai ke tahap parents terpaksa tunggu depan pintu kelas. HAHA ! Macam macam karenah ada dulu.

Habis tahun 1, naik tahun 2. Masa ni dah mula nak liar sikit, walaupun still ada malu malu dalam diri. Pada masa ni juga lah semua orang gila main game pemadam. Sanggup turun pergi ke kedai buku dekat bawah tu beli pemadam baru sebab nak kalahkan kawan punya pemadam. Jaga elok elok pemadam tu, tak nak guna langsung. Takut nanti buruk pemadam tu. Tak best main, tak pun, pergi beli yang lain. Kadang kadang dapat tengok dalam kotak pencil setiap orang, mesti ada lebih dari 5 pemadam. Kelakar betul.

Masa berlalu lagi, naik pula tahun tiga, tahun empat, tahun lima. Ops, tahun lima ni mula menggatal sikit. Biasa la, cinta monyet. Pada ketika ini, semua nak rapat dengan insan yang mereka suka. Mula kenal kenal lebih rapat, lepas tu, hantar hantar surat. Yang wajib mesti ada dalam surat tu. Bedak. Sebab nak bau wangi bila buka surat tu. HAHA ! Comel comel. Setiap hari kalau pergi sekolah, mesti nak kene jumpa dia. Walau apa terjadi, mesti mesti mesti jumpa dia. Kalau tak, mesti murung je dalam kelas. Kawan kawan pun mula bahan korang. Ayat standard dengar la, "Mad suka Shika, Mad suka Shika. Cinta yeee korangggg.." Muka tu tak perlu kata la, macam minta penyepak pun ada. Ops...

Naik darjah enam, YEAAAH ! Senior dari semua adik adik kecil yang ada. Darjah enam kira macam kerabat lah. Ada mahkota untuk sorang sorang. Senior la katakan. Jap jap, bukan senior, tapi, ULTIMATE senior. Kaaan? Masa ni mesti rasa diri masing masing hebat sebab paling tua dalam sekolah tu. Ada yang pergi buli adik adik kecik, ada yang bercintan di bawah pokok, ada yang suka duduk dalam perpustakaan, ada yang melepak je kerjanya. Macam macam karenah dah mula timbul dekat sini. Biasa la, dah fikir yang kita ni hebat kan? Bila nak muncul akhir tahun, Ujian Penilaian Sekolah Rendah, UPSR menghantui semua orang. Time result keluar, alhamdulillah ada yang berjaya dan ada yang kurang berjaya. Dekat sini juga kita dapat lihat lelaki menangis kegembiraan. Lelakikan mana suka menangis, time time macam ni la baru dapat tengok air mata mengalir dari mereka ni. Hehe, jangan marah wahai kaum adam.

Bila habis UPSR, kita ingatkan sudah habis lah segala galanya. Tapi, tidak, ia merupakan satu perjalanan baru yang terbuka luas di hadapan kita, jadi junior balik dekat sekolah menengah. Bermula kisah baru, terdetik coretan perjalanan hidup yang lebih mencabar. Zaman pun mula berubah. Dengan perlbagai teknologi dan IT yang tinggi. 

Pelik bukan kenape tiba tiba ada post ni. Biasa la, kalau dah mula teringat zaman kecil kecil dulu, rasa rindu. Nak saja pusing balik masa ni dan laluinya semula. Tapi, apakan daya, semua itu menjadi kenangan yang disimpan di dalam hati. Kalau nak diikutkan sebenarnya, sebab tulis entry ni, bila tengok cerita 3 ninjas. Cerita bermula pada zaman 1992. Wah, tahun aku lahir. HAHA ! Sebab tu tulis entry ni. Seronok tengok cerita cerita laam yang membawa seribu satu kenangan.

Rocky-Tum Tum-Colt

No comments:

Post a Comment