Tweet Tweet

Followers

Search This Blog

Wednesday, August 17, 2011

Maaf Di Pinta

Korang mesti ingat ini entry untuk raya kan? Entry raya belum lagi, tapi ini entry untuk saya memohon maaf.

Mesti korang tertanya-tanya kenapa pula nak minta maaf? Ini kerana sejak dua tiga hari ni, saya rasa tidak sedap hati. Tak tahu lah kenapa. Perkara ini terjadi pagi tadi. Tiba-tiba sebelum nak siap siap pergi ke kelas, tengok luar tingkap bilik, motor saya dah di alihkan tempatnya. Pelik juga kenapa tiba-tiba motor yang saya parking elok-elok boleh bergerak tempat. Nak kata halang lalu lintas, tidak la. Nak kata block motor lain-lain dari keluar, tidak juga kerana kelas saya sentiasa pagi, tidak pernah ada masa kelas saya yang bermula selain 8.30 pagi. Curious.

Apa-apa pun, saya nak mohon maaf kepada mana-mana pihak jikalau saya ada melakukan apa-apa kesalahan kepada korang semua. Mungkin saya melakukan perkara yang menyinggungkan terhadap diri anda tanpa saya perasan. Saya memohon maaf. Kalau marah dan tidak puas hati dengan saya, datang jumpa saya dan cakap depan saya. Jangan lakukan perkara seperti ini untuk menyusahkan diri saya. Di bulan Ramadhan ini, jangan lah kita melakukan perkara yang tidak elok. Lagi lagi menganaia orang lain.

No comments:

Post a Comment