Tweet Tweet

Followers

Search This Blog

Tuesday, February 28, 2012

Celebrity Fitness


\It seems quite a long time that I haven't write about something. Well, busy here and there of course. Degree will be starting in a weeks time, so got to get everything ready before semester starts.

Well, not the topic that I'm gonna talk today. Haven't we notice that lately, there are many obese people? Including me. Seriously I'm an obese, and horribly worried about it. I had been on diets. On and off. Don't need to ask me to do it again. So, I start to look for something new.

It started off with an event that I had organized. It was for a company that I work for a while. We had this Cycling for Health event. It was fun cycling around Putrajaya, but it showed clearly that I was out of shape. So, since that, my parents decided to send me to Celebrity Fitness. At first I kind of felt insecure the first time I step there. Well you know, seeing everyone so fit working out. But after a few sessions of training, I don't mind about it anymore. At least I felt better for myself, because I know that I'm changing for the good.

I'm worried for those people out there. For them, not realizing to live a healthy lifestyle. If you can't afford to go for a fitness center or other sort of stuff, to me, in my opinion, when there is a will, there is a way. You could take up sports like cycling, swimming, or maybe long distance run? Hey, it could help. I know a junior in my school back then. She was almost the size as I was, but after 1 year, she totally changed ! Like seriously from XXL to M ! I'm really proud of her. Because she showed that when there is a will, there is a way.

So Malaysian, when are you gonna start to make a change?

Friday, February 10, 2012

Manusia sekarang

Korang perasan tak, manusia sekarang ni macam mana? Pada pandangan saya, perangai mereka ni makin menjadi jadi. Makin pelik pun ada. Saya betul betul tak paham kenapa mereka perlu melakukan tingkah laku sebegitu.

Mungkin ada sesetengah dari korang mesti kurang paham dengan apa yang saya katakan bukan? Sebelum saya sambung cerita saya ni. Cuba korang tengok video video ni. Apa pendapat korang?







Korang rasa patut ke diaorang buat perangai macam tu? Kita amik video yang pertama tu la, video di KFC tu. Dengar khabar beritanya, ceritanya berlaku di i-City. Time tu memang ramai dekat KFC tengah nak membeli ayam la kan. Then later diaorang dapat tahu, yang ayam tak mencukupi untuk tampung semua customer yang ada dekat KFC time tu. Sebab dengar katanya lagi, ada boucher yang di beri oleh KFC secara online untuk beli ayam, so 3 orang cina ni pun pergi la beli. Daripada video penjelasan yang telah di beri semasa press conference, lelaki cina tu kata isteri dia dah tarik dia keluar, but then dia masuk balik sebab dia tak puas hati dengan service yang dapat. Then terjadi lah kisah kene tibai kejap tu. Last-last nanti saya post video penjelasan mangsa yang kene ya. Korang fikirkan sendiri apa yang dia kata. Tapi daripada pandangan saya, saya kurang yakin dengan penjelasan yang mereka beri. Walaupun diaorang dah buat laporan polis.

Kes kedua ni pulak. Pasal "pak guard" di Gaint KJ. Haihh. Saya tak tau nak kata macam mana la. Ok, memang betul orang tu curi motor dia, tapi perlu ke belasah dan maki orang tu? Balai polis kan dekat, serah je la dekat polis. Yang korang sibuk sibuk nak tibai mamat tu kenape? Memang dia dah bersalah. Tak perlu la nak tibai. Amik contoh la, kalau ada orang curi gula gula, nak pergi tibai dan maki dia ke? Tak kan? Serah je la kepada pihak berkuasa. Saya tak nak la kata lebih lebih, Kalau ikutkan hati, saya tulis ni rasa dah mencarut dekat guard tu balik. Weyh moto je pun. Kalau kereta Ferarri ke, Lambogini ke. Itu lain la. Ini moto? Ok, mungkin sebab dia tak mampu dan tu je kenderaan dia ada. Tapi, dia tetap TIDAK ADA HAK untuk tibai mamat tu.

Fuhh. Lega rasa dapat keluarkan semua ni dari hati dari biar ia terbuku di hati. Sebagai pekerja, kita kene la ada etika sebagai seorang pekerja. Jangan lah nak ikut hati je. Kita duk mengata orang lain, tapi pada masa yang sama, kita kene jaga tingkah laku kita. Sebab mana tahu tiba tiba kita yang terlibat dengan perkara bukan bukan. Kalau boleh dijauhkan la semua perkara buruk dari kita.

Jadi renung renungkan tentang perkara ini. Kalau macam ni la perangai masyarakat kita, sampai bila kita takkan maju.

Bawah ni video penjelasan yang saya katakan tadi. Tengok lah :)


Thursday, February 2, 2012

Tidak Bertimbang Rasa


Apa yang korang rasa atau fikirkan tentang gambar di atas? Marah? Geram? Pelik? Tapi pada saya pemandu mercedes ini sangat tidak bertimbang rasa.

Memang sudah ternyata yang pihak kompleks ni dah letak kon dekat tempat berkenaan untuk pemandu pemandu OKU, kalau korang perasan dekat parking tu, dia park dekat kawansan OKU. Yang tak pahamnya, PA dah announce lebih kurang 3 kali, pemandunya tak datang datang pun. Agaknya pemandu ni tak da otak la kot. Ke dia memang OKU?

Tidak sama sekali. Sebab, pemandu kereta ni siap keluar dari kereta dia untuk alihkan kon yang menghalang parking tersebut. Astaga, bodoh betul manusia ni. Dan yang paling tak tahan, mamat yang drive kereta ni, bila dah parking dan kelaur dari kereta, siap boleh cakap dengan telefon sambil gelak mcm *oink oink* Terencat la kot tu.

Memang tidak bertimbang rasa sungguh. Agaknya dia ni perlu masuk sekolah balik untuk belajar subjek sivik.  Kene basuh kepala dia dengan clorox bagi bersih baru dia paham maksud bertimbang rasa. Saya betul betul tak paham dengan manusia manusia macam ini. hanya tahu nak menyusahkan orang. Kalau dia boleh buat macam ni untu parking, tak tahu ape lagi yang dia akan buat kalau di luar sana. Samseng jalanan la kot.

Harapkan je pakai kereta besar dan mewah, tapi otak dan perasaan timbang rasa dia ntah mana dia dah campak. Hampeh !

Contrak RM2 Juta


Seperti ramai yang tahu dan di gempar gempurkan, pemain negara Malaysia Mohd Safee Mohd Sali telah menerima tawaran untuk menyambung contrak beliau bersama kelab Pelita di Indonesia. Sekarang ia menjadi satu topik sebutan ramai. Ada yang setuju dia sign contrak tu, ada yang tidak.

Tapi bagi pandangan saya, ada bagusnya dia sign contrak tu pun. Kalau diikutkan dari segi ekonominya, dia sudah pun mempunyai kewangan yang stabil. Dia boleh sara keluarga dia, nak pergi berjalan jalan pun boleh. Bagus la tu.

Selain daripada itu, macam karangan la pulak tulis ni. Teehee. Selain tu, dari apa yang dia kata semasa interview dengan radio HOT FM, dia kata, dia nak mengembangkan karier dia dalam bola ni. Dan juga dia nak timba sebanyak ilmu yang boleh untuk pasukan negara. Tengok, sekarang dia dah menjadi Kapten untuk Pelita Jaya lagi. Korang tak bangga ke dengan pencapaian dia? Safee Sali, menjadi Kapten, menggerakkan pemain pemain Indonesia. Safee tu, rakyat Malaysia tu, jadi Kapten. Mampu?

Haaaa, nak kabo pulak ni, kepada mereka yang mengatakan tak ingat negara apa bagai, korang cuba fikirkan, dengan pengalaman yang Safee ada, bila dia balik ke negara nanti, dia boleh latih pemain pemain kita yang lain. Lagipun, kita ada banyak pemain yang berkaliber. Cuma diaorg perlu di gilap dan di sental supaya dapat mencapai prestasi seperti Safee. Dan baru di perkatakan tadi di HOT FM, tidak menjadi masalah untuk beliau bermain untuk pasukan Harimau Malaya. Tengok, khabar angin lagi oleh pihak pihak yang tidak berpuas hati.

Kita kena la fikir secara terbuka. Jangan terlalu fikirkan tentang yang buruk. Kita stay positif. Safee sendiri telah fikir perkara ini secara mendalam. Bukan dia mata duitan dan suka suka je nak sign contract tu, jadi kita sebagai penyokong dia, kene la sokong dia sentiasa. InsyaALLAH Safee akan kembali ke Malaysia untuk memantapkan lagi pasukan Harimau Malaya kita.

HIDUP HARIMAU MALAYA !