Tweet Tweet

Followers

Search This Blog

Friday, February 10, 2012

Manusia sekarang

Korang perasan tak, manusia sekarang ni macam mana? Pada pandangan saya, perangai mereka ni makin menjadi jadi. Makin pelik pun ada. Saya betul betul tak paham kenapa mereka perlu melakukan tingkah laku sebegitu.

Mungkin ada sesetengah dari korang mesti kurang paham dengan apa yang saya katakan bukan? Sebelum saya sambung cerita saya ni. Cuba korang tengok video video ni. Apa pendapat korang?







Korang rasa patut ke diaorang buat perangai macam tu? Kita amik video yang pertama tu la, video di KFC tu. Dengar khabar beritanya, ceritanya berlaku di i-City. Time tu memang ramai dekat KFC tengah nak membeli ayam la kan. Then later diaorang dapat tahu, yang ayam tak mencukupi untuk tampung semua customer yang ada dekat KFC time tu. Sebab dengar katanya lagi, ada boucher yang di beri oleh KFC secara online untuk beli ayam, so 3 orang cina ni pun pergi la beli. Daripada video penjelasan yang telah di beri semasa press conference, lelaki cina tu kata isteri dia dah tarik dia keluar, but then dia masuk balik sebab dia tak puas hati dengan service yang dapat. Then terjadi lah kisah kene tibai kejap tu. Last-last nanti saya post video penjelasan mangsa yang kene ya. Korang fikirkan sendiri apa yang dia kata. Tapi daripada pandangan saya, saya kurang yakin dengan penjelasan yang mereka beri. Walaupun diaorang dah buat laporan polis.

Kes kedua ni pulak. Pasal "pak guard" di Gaint KJ. Haihh. Saya tak tau nak kata macam mana la. Ok, memang betul orang tu curi motor dia, tapi perlu ke belasah dan maki orang tu? Balai polis kan dekat, serah je la dekat polis. Yang korang sibuk sibuk nak tibai mamat tu kenape? Memang dia dah bersalah. Tak perlu la nak tibai. Amik contoh la, kalau ada orang curi gula gula, nak pergi tibai dan maki dia ke? Tak kan? Serah je la kepada pihak berkuasa. Saya tak nak la kata lebih lebih, Kalau ikutkan hati, saya tulis ni rasa dah mencarut dekat guard tu balik. Weyh moto je pun. Kalau kereta Ferarri ke, Lambogini ke. Itu lain la. Ini moto? Ok, mungkin sebab dia tak mampu dan tu je kenderaan dia ada. Tapi, dia tetap TIDAK ADA HAK untuk tibai mamat tu.

Fuhh. Lega rasa dapat keluarkan semua ni dari hati dari biar ia terbuku di hati. Sebagai pekerja, kita kene la ada etika sebagai seorang pekerja. Jangan lah nak ikut hati je. Kita duk mengata orang lain, tapi pada masa yang sama, kita kene jaga tingkah laku kita. Sebab mana tahu tiba tiba kita yang terlibat dengan perkara bukan bukan. Kalau boleh dijauhkan la semua perkara buruk dari kita.

Jadi renung renungkan tentang perkara ini. Kalau macam ni la perangai masyarakat kita, sampai bila kita takkan maju.

Bawah ni video penjelasan yang saya katakan tadi. Tengok lah :)


1 comment: