Tweet Tweet

Followers

Search This Blog

Wednesday, August 31, 2011

Apa Itu Raya?

Entri ini nak cerita sedikit apa itu raya terhadap diri saya. Pada saya, raya yang sebenar apabila satu keluarga tu berkumpul bersama sama di kampung. Menolong berkemas kemas untuk siap pada satu syawal yang bakal menjelma. Bergurau senda ramai ramai melakukan semua kerja. Sama sama penat, sama sama beegembira. Itu baru nama keluarga yang bahagia ingin meyambut raya. Raya akan menjadi lebih bermakna kalau semua tu jadi. Seronok ramai ramai ni. Dari sorang sorang atau pun satu keluarga sahaja yang melakukan segala galanya. Silap hari bulan timbul perasaan sakit hati dan saling tidak berpuas hati. Nanti tak jadi manis la bukan? Berpendam perasaan. Marah. Dengki. Tak seronok la raya itu nanti.

Jadi kalau boleh, ada mana mana pihak yang sentiasa tak suka memberi tolong. Ataupun tolong menolong antara satu sama lain. Ubah sikap itu. Takut nanti ada yang tidak berpuas hati. Silap bulan purnama datang, terkena batang hidung sendiri balik, tidak pasal pasal diri merasa sakit hati nanti.

Seronok kan ramai ramai macam ni?
Macam keluarga bahagia :)
Meet the sepupus

Monday, August 29, 2011

Masa Zaman Kecil Dulu...

Entry ini dituju khas kepada mereka mereka yang dilahirkan pada tahun 1990 an.

Ingat tak zaman zaman dulu, ye zaman muda mudi, sekolah rendah dulu. Lagi lagi bila masa baru masuk sekolah rendah, iaitu tahun 1. Semua masa tu comel comel je muka, dengan lelakinya berbaju segak rambut belah tepi, muka penuh dengan bedak mak sapukan. Yang perempuan pula, sama ada berbaju pinafore ataupun berbaju kurung, rambut ikat tepi macam telinga arnab, tak pun ekor kuda. Comel sorang sorang masa tu kan? Teringat masa dahulu, ada budak menangis sebab takut ibu bapa mereka tinggal mereka di sekolah sorang sorang. Sampai ke tahap parents terpaksa tunggu depan pintu kelas. HAHA ! Macam macam karenah ada dulu.

Habis tahun 1, naik tahun 2. Masa ni dah mula nak liar sikit, walaupun still ada malu malu dalam diri. Pada masa ni juga lah semua orang gila main game pemadam. Sanggup turun pergi ke kedai buku dekat bawah tu beli pemadam baru sebab nak kalahkan kawan punya pemadam. Jaga elok elok pemadam tu, tak nak guna langsung. Takut nanti buruk pemadam tu. Tak best main, tak pun, pergi beli yang lain. Kadang kadang dapat tengok dalam kotak pencil setiap orang, mesti ada lebih dari 5 pemadam. Kelakar betul.

Masa berlalu lagi, naik pula tahun tiga, tahun empat, tahun lima. Ops, tahun lima ni mula menggatal sikit. Biasa la, cinta monyet. Pada ketika ini, semua nak rapat dengan insan yang mereka suka. Mula kenal kenal lebih rapat, lepas tu, hantar hantar surat. Yang wajib mesti ada dalam surat tu. Bedak. Sebab nak bau wangi bila buka surat tu. HAHA ! Comel comel. Setiap hari kalau pergi sekolah, mesti nak kene jumpa dia. Walau apa terjadi, mesti mesti mesti jumpa dia. Kalau tak, mesti murung je dalam kelas. Kawan kawan pun mula bahan korang. Ayat standard dengar la, "Mad suka Shika, Mad suka Shika. Cinta yeee korangggg.." Muka tu tak perlu kata la, macam minta penyepak pun ada. Ops...

Naik darjah enam, YEAAAH ! Senior dari semua adik adik kecil yang ada. Darjah enam kira macam kerabat lah. Ada mahkota untuk sorang sorang. Senior la katakan. Jap jap, bukan senior, tapi, ULTIMATE senior. Kaaan? Masa ni mesti rasa diri masing masing hebat sebab paling tua dalam sekolah tu. Ada yang pergi buli adik adik kecik, ada yang bercintan di bawah pokok, ada yang suka duduk dalam perpustakaan, ada yang melepak je kerjanya. Macam macam karenah dah mula timbul dekat sini. Biasa la, dah fikir yang kita ni hebat kan? Bila nak muncul akhir tahun, Ujian Penilaian Sekolah Rendah, UPSR menghantui semua orang. Time result keluar, alhamdulillah ada yang berjaya dan ada yang kurang berjaya. Dekat sini juga kita dapat lihat lelaki menangis kegembiraan. Lelakikan mana suka menangis, time time macam ni la baru dapat tengok air mata mengalir dari mereka ni. Hehe, jangan marah wahai kaum adam.

Bila habis UPSR, kita ingatkan sudah habis lah segala galanya. Tapi, tidak, ia merupakan satu perjalanan baru yang terbuka luas di hadapan kita, jadi junior balik dekat sekolah menengah. Bermula kisah baru, terdetik coretan perjalanan hidup yang lebih mencabar. Zaman pun mula berubah. Dengan perlbagai teknologi dan IT yang tinggi. 

Pelik bukan kenape tiba tiba ada post ni. Biasa la, kalau dah mula teringat zaman kecil kecil dulu, rasa rindu. Nak saja pusing balik masa ni dan laluinya semula. Tapi, apakan daya, semua itu menjadi kenangan yang disimpan di dalam hati. Kalau nak diikutkan sebenarnya, sebab tulis entry ni, bila tengok cerita 3 ninjas. Cerita bermula pada zaman 1992. Wah, tahun aku lahir. HAHA ! Sebab tu tulis entry ni. Seronok tengok cerita cerita laam yang membawa seribu satu kenangan.

Rocky-Tum Tum-Colt

Sunday, August 28, 2011

Muka Cantik, Tapi...

A: "Hai awak ni cantik la. Best betul kalau dapat rupa macam awak ni."
B: "Terima kasih kata aku cantik. Aku memang cantik pun, tak macam kau tu. Selekeh, comot. Ish apa la."

Kadang kadang kita terlintas dengan orang orang macam ni bukan? Rupa dah cantik, tapi perangai kurang cantik. Tak kena dengan rupa mereka. Agak agak nya kenapa la mereka jadi macam ni. Tuhan dah kurniakan nikmat kecantikan, tapi buat perangai pelik pelik buat apa? Itu dah tukar jadi TAK cantik. Tak pasal pasal orang dah benci. Tak sukakan kalau di benci. 

Kalau diikutkan sebenar benarnya, orang akan lihat pada perangai. Bukan setakat muka yang SHANTEK tu. Silap hari bulan boleh membawa padah kepada diri sendiri balik. Ambil contoh la, kalau time perlukan pertolongan orang ramai, ada ke orang yang nak tolong kalau perangai pelik pelik? Tidak juga kan? Mesti orang nak cari perangai yang boleh ditoleransikan, dan baik. Mereka bukan tengok, "Ok, muka dia ni cantik, kita ambil dia dalam team kita" Tak da punyaa~

Memang kita perlu jaga penampilan diri, tapi penampilan PERANGAI itu lagi penting. Sebab, dari perangai, kecantikan kita yang sebenarnya akan timbul. Mereka menilai dari segi kebolehan dan kematangan seseorang. Macam contoh nak cari kerja, Pertama tengok penampilan, habis penampilan, terus diaorang akan lebih fokus kepada kualiti si individu.

Senang cerita, kita kena pentingkan perangai kita. Bukan sahaja penampilan yang shantek tu. Macam yang biasa kita dengar, budi bahasa budaya kitaa~ Budi bahasa tu perangai korang la. TEEHEE


Saturday, August 27, 2011

It's RAYA !

Hari yang di nanti nantikan tidak lama lagi akan muncul. Hah, macam mana? Baju raya dah ada belum? Balik kampung tak raya tahun ni? Baju raya warna apa? Tapi yang paling penting la, puasa korang penuh ke tak? Mana-mana yang puasa penuh tu, alhamdulillah korang dapat selesaikan ibadat wajib korang. Kepada yang tak penuh tu, nanti jangan lupa ganti pula. Nanti berganda pulak korang punya gantian. Tak pasal pasal.

Harap tahun ni membawa perubahan terhadap diri masing masing. Yang buruk ke baik, dan yang baik tu kepada yang lebih baik. Alang alang nak dekat habis puasa ni, tingkatkan lah lagi amalam yang ada sebelum bulan yang mulia, Bulan Ramadhan ini berakhir. Tak tentu lagi kita akan bertemu bulan ni tahun hadapan. Mana tahu kalau ajal tiba. Wallahuwa'lam. Kita hanya mampu berdoa untuk kesejahteraan hidup kita.

Apa apa pun, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada semua rakan rakan saya di luar sana. Yang mengenali diri ini ataupun tidak. Saya memohon maaf sekiranya pernah terlanjur kata, terkasar budi bahasa, dan macam macam lagi perkara negatif lah. Saya menyusun sepuluh jari memohon maaf kepada semua.

Raya kali ni, mari sama sama kita saling bermaaf-maafan antara satu sama lain. Tak elok kita berdendam lama lama ni. Nanti makan diri. Sendiri juga yang sakit. Mana yang berjauhan tu, Facebook ada, Twitter pun ada, kirim la salam kepada mereka dan memohon maaf. Mana yang dekat tu, lagi elok bersemuka dengan mereka dan meminta maaf. Kan ada yang mengatakan dari tangan terus ke hati. Macam post saya yang lepas juga, face to face to lebih baik, kita bersemuka lebih afdal. Interpersonal Communication ya ! HAHA ! :D

Ada lagi nak cerita sikit ni. Time raya ni, biasa lah dah habis puasa bukan? Rambang mata bukan tengok makanan yang ada? Jangan gelojoh pergi makan semua pula. Nanti perut kita terkejut. Al-maklum lah, kita berpuasa sebulan, perut pun jarang jarang proses makanan. Jadi bila nak makan tu, ala kadar ambil. Banyak lagi tempat nak pergi jalan jalan nanti kan untuk beraya? Makan sikit sikit pun cukup. Silap hari bulan kalau makan banyak tak bernafas di buatnya korang nanti. Kan dah sakit masa first day of raya. Tak best la kan?
Jadi, kita berpada-pada masa raya nanti :)

p/s: mana yang nak main mercun tu berhati-hati, nanti putus jari :P

SELAMAT HARI RAYA !
Gambar Kelas :P

Friday, August 26, 2011

Cakap Belakang Berani, Cakap Depan LARI

Kenape manusia sekarang ni suka cakapa belakang? Kenape mereka tidak berani cakap depan? Korang sendiri tau kan. And rasanya semua orang pernah alami perkara ni bukan?

Jadi, korang ada alasan tak kenapa manusia manusia sekarang ni suka cakap belakang? In my opinion la kan, sebab mereka takut rasanya. Mereka rasa lebh selesa cakap belakang sebab, takut kena belasah ke, kena maki balik ke. Macam macam alasan ada.

Bukan nak kata apa, saya sendiri pun pernah kata belakang (jujur ni ha). Tapi, bukan kah lebih elok cakap depan, kalau kita perasan la, kadang kadang naik menyampah tengok orang post macam macam di facebook, dan lama sosial lain. Lagi lagi kalau mereka gaduh dengan orang. Fuhh! ayat nak panas panas kalau cakap dalam facebook. Tapi, bila ajak jumpa, bukan main takut, ye ye la sangat nak jumpa. Sekali kalau kita muncul, mereka pula hilang. Mana keberanian anda?

Kalau boleh, sama sama praktikan lah bercakap depan depan ni. Tak da guna kalau cakap belakang. Masalah tak selesai pun. Tambah sakit hati ada la. Jangan belajar secara susah, kalau ada yang dah bagi tahu, ikut la kalau boleh. Mana tau satu masa nanti, perkara perkara begini semua dapat dielakkan. Betul tak?

Selain itu, kalau cakap belakang ni, banyak musuh boleh dapat. Sampai ke tahap, kawan baik sendiri boleh jadi musuh. Hanya disebabkan oleh perkara cakap belakang ni. Kan dah hilang satu kawan, musuh pula bertambah. Hidup nanti tak senang banyak musuh ni. Macam macam masalah lagi tambah ada la.

Kalau boleh, kita elakkan la perkara ni berlaku. Tak dapat apa apa pun. Kalau setakat nak dapat kepuasan hati, rasanya lebih puas kalau kita bersemua dengan orang itu. Sekurang sekurang nya kita dapat tahu reaksi dia apa semua. Betul tak? (macam ajar interpersonal communication pulak).

Apa apa pun, sama sama la kita berhenti cakap belakang ni. Tiada faedah yang boleh di terima. Lebih elok kita berbaik baik dan cakap terus terang dengan orang itu secara depan depan. Lebih afdal tau :)

Wednesday, August 24, 2011

Permata Biru



Kisah cinta tiga segi yang akhirnya menjadi satu tragedi.
3 orang sahabat tidak menyangka akan terikat di dalam sebuah kisah cinta tiga segi.

Fendy(TUAH), Fairuz(AMEERAH), dan Fitri(AMEZY) merupakan sahabat yang setia ketika mereka kecil lagi, tapi siapa dapat menyangka, dalam menjalani kehidupan seharian mereka untuk membesar, mula terjalin rasa cinta antara satu sama lain. Fendy, seorang jejaka tampan di gilai ramai gadis. Juga mempunyai sikap berbudi bicara dan rendah diri walaupun dia seorang yang berada. Manakala Fitri pula juga mempunyai kriteria idaman setiap wanita. Pandai berkata-kata, berketerampilan bergaya dan pandai menjaga setiap hati insan yang di kenali. Tidak lupa pada Fairuz, seorang gadis peramah, baik hati dan sentiasa menolong sahabat-sahabatnya ketika waktu susah namun senang. Fairuz sering kali bergantung kepada dua sahabatnya kerana takut akan kehilangan persahabatan yang telah lama terjalin.

Kisah percintaan mereka terungkap apabila mereka bertiga menyambung pelajaran ke institusi yang sama. Pada ketika itu, Fitri dan Fendy mula mengejar cinta yang selama ini di cari. Fairuz terlekat di antara dua pilihan, tidak tahu mana hatinya terpaut. Pertelingkahan berlaku antara ketiga-tiga sahabat bagi merebut gadis idaman mereka. Persahabatan yang telah lama terjalin mula retak. Fairuz merasakan dirinya punca segalanya. Fairuz mula mengelak Fendy dan Fitri kerana tidak mahu lagi pertelingkahan berlaku antara mereka. Akan tetapi dalam diam, Fairuz sebenarnya menyimpan perasaan terhadap salah sorang dari mereka. Namun, nasib malang menimpa Fairuz dan dia terlantar di hospital untuk berbulan-bulan.

Sedih dengan kemalangan yang menimpa diri Fairuz, Fendy dan Fitri cuba sedanya upaya untuk berada di sisi Fairuz. Tidak pernah lekang mereka berdua berkunjung ke hospital dengan harapan Fairuz akan sedar. Pada ketika itu juga, Faizah, seorang gadis menawan cuba menggoda mereka berdua dengan agendanya yang tersendiri ingin me
miliki jejaka yang tampan dan bergaya. Hanya kerana ingin status di tempat yang baru dan tidak mahu digelar gadis kampung.
Cemburu menguasai diri Faizah melihat keakraban yang ada antara Fairuz, Fendy dan Fitri. Dalam dirinya hanya tahu, dia hendak meretakkan hubungan mereka.

Dapatkah Fitri dan Fendy mengejar cinta mereka? Adakah Faizah akan menjadi pemusnah segalanya? Sedarkah Fairuz dari tidurnya?

Semuanya terjawab dalam novel, Permata Biru. Nantikan penerbitannya tahun hadapan :D





Tuesday, August 23, 2011

Re-post: filem aku, cerita aku, POSTER AKU!!


Filem yang berjudul 'Petik Cinta' arahan Yusop Malam ini mengisahkan dua orang pasangan yang lama terpisah sejak kecil lagi. Dan bertemu kembali dengan suasana yang berbeza. Jom baca sinopsis...

Hanafi (amezy) adalah tunang kepada Sarah (ameerah). Mereka telah ditunangkan oleh kedua ibu bapa mereka sejak berumur 3 tahun. Sewaktu Hanafi berumur 5 tahun, Hanafi mengalami kemalangan yang teruk juga mengakibatkan dia hilang ingatan. Setelah hampir setahun, keluarganya mengambil keputusan untuk berpindah ke Australia demi menyembuhkan Hanafi sepenuhnya.

Keputusan itu awalnya dibantah oleh keluarga Sarah, Kerana ibu dan bapa sarah tidak mahu anak nya berjauhan dengan tunang nya. Walaubagaimanapun ibu bapa Hanafi mengikat janji bahawa mereka akan pulang ke kampung setelah Hanafi pulih sepenuhnya. Sarah bersedih kerana dia merasakan bahawa Hanafi pergi meninggalkan dia.

Sarah seorang yang rajin belajar, bijak, tegas, dan suka menolong orang diwaktu perlukan bantuan. Sarah mula belajar melupakan Hanafi setelah Hanafi pergi meninggalkan dia. Setelah Sarah tamat zaman persekolahan, ibu sarah menceritakan semua yang berlaku pada sarah dan hanafi, sarah terkejut dan tidak percaya bahawa dia sudah bertunang dan tunangnya sedang menerima rawatan dari kemalangan yang telah ditimpa olehnya.

Sarah berazam mencari kembali tunangya itu. Impian itu turut disokong kuat dari keluarga sarah. Sarah mempunyai seorang adik perempuan iaitu Ain (aida). Dan sarah juga mempunyai kawan baik iaitu Merry (aishah) dan Farah (zurina). Ketiga tiga orang itu lah tempat sarah meluahkan pendapat, luahkan perasaan dan luangkan masa bersama sama. Sarah menceritakan semua pada kawan karibnya itu tentang tunangnya yang lama menghilang.

Pada waktu itu, Hanafi masih lagi menjalani terapi untuk mengembalikan semula ingatan yang hilang itu. Kata Doktor, hanafi perlu dibawa pulang ke kampung kerana itu lebih mudah membuat hanafi sembuh dengan lebih cepat. Tapi ibu dan bapa hanafi berdegil tidak mahu pulang ke kampung halaman, Walaubagaimanapun keluarga hanafi telah terlajak membuat keputusan. Mereka enggan pulang ke kampung kerana mereka yakin disini ada rawatan yang lebih bagus untuk menyembuhkan anaknya.

Ketika Hanafi berumur 19 tahun keluarganya nekad untuk pulang ke kampung. Walaupun hanafi masih lagi tidak ingat sepenuhnya, keluarganya tetap mahu pulang kerana takut mengungkiri janji yang telah diikat oleh keluarga sarah. Sebenarnya ibu bapa hanafi tidak berapa suka pada keluarga Sarah kerana ada keselisihan paham antara dua keluarga ini.
Hanafi masih lagi dalam alam fantasinya, juga terbayang wajah seorang budak kecil yang selalu ada bersamanya ketika dia masih kecil.

Ibu dan bapa hanafi menetap dibandar, mereka tidak mahu menetap dikampung lagi kerana mereka takut hanafi terjumpa dengan tunangnya, sarah. Keluarga hanafi tidak memberi apa apa khabar kepada keluarga sarah, sedangkan mereka sekeluarga sudah berada di negara asal. Ibu bapa nya nekad untuk menghantar hanafi melanjutkan pelajarannya di institusi yang ternama. Kebetulan Sarah dan kawan kawan karibnya itu mendapat tawaran di institusi yang sama.

Sewaktu pendaftaran sedang dijalankan, sarah ternampak seorang lelaki. Terus jantungnya seperti ada rasa sesuatu, lalu sarah bertanya dalam hati 'adakah dia tunangku?'.

Lalu, mula lah misi untuk mendekati seorang lelaki yang sudah hilang ingatan.
Pastikan anda tidak terlepas menonton filem terbaru pada disember ini.
Okay jangan nak bermulut puaka kat sini, Sila komen entry ni :)

Sebuah Filem Cinta Romantik

Hasil Karya : YusopMalam
Barisan Pelakon Yang Hebat :
AmezySyafie
AmeerahIdros
AishahAris
ZurinaJeffry
AidaIdros
MohdTuah
AznorAidil
SharulAzlie


Nantikan Disember ini dipawagam berhampiran anda :)

Credits to Amezy Syafie for creating this :) To me it's wonderful thing. Well done my friend :D <3

Sunday, August 21, 2011

Senang tiada, Susah kembali juga


Bila time tengah senang, dia lupakan kita, tapi bila di timpa masalah, mula berlari datang cari balik. Orang-orang macam ni tak malu ke dengan diri mereka sendiri? Tidak malu ke dengan perangai yang di buat?

Anggap diri macam kain buruk ke pe. Betul tak? Amik contoh la, bila meja kotor, ambil kain dan sapu, bila tak guna, biakan je la bende tu tersidai je. Pelik be
tul dengan orang macam ni, lagi-lagi kalau dalam kisah percintaan, buat diri macam tempat simpanan, bila jumpa bf atau gf lain, amboih bukan main sakan tinggalkan diri dan bia menunggu. Tak kisah pasal sakit hati orang tu ke, sedih orang tu ke. Mungkin tak la kot kalau diaorg boleh buat macam tu.

Nak kata tidak berperikemanusiaan pun boleh jugak. Cuba kalau mereka terkena apa yang mereka buat. Mungkin baru nak sedar kot. Tapi yang sedih kalau ada sesetengah dari mereka yang langsung tidak sedar dan terus melakukan perkara seberikut.

Kepada yang suka mengamalkan perkara begini, tolong hentikan lah. Tiada faedah yang dapat kalau anda melakukan perkara ini melainkan benci yang diterima. Fikir-fikirkan.

*Macam kain buruk ni la. Tinggal je macam tu

Saturday, August 20, 2011

Bulan Ramadhan Hampir ke Penghujuangnya

Assalamualaikum semua :)

Pejam celik pejam celik, dah nak berakhir bulan Ramadhan ni kan? Sekejap saja berlalu. Entah tidak kita akan bertemu kembali bulan Ramadhan yang mulia ini tahun depan atau tidak. Sama-sama kita doa supaya di beri peluang untuk bertemu bulan yang penuh berkat ini.

Jadi macam mana puasa korang setakat ni? Lancar? Kurang lancar? Harap harap berjalan dengan lancar. Bukan setakat puasa je, amalam korang macam mana pula? Meningkat ke? Menurun atau mendatar tak ubah apa apa? Moga moga berubah kepada yang lebih baik la. Sebab itu yang kita cari dalam bulan yang mulia ini bukan?

Sedar tak sedar, sekurang kurangnya kita sudah tahu kelemahan diri kita, lagi lagi bila kita tahu Syaitan telah diikat dan tidak menggangu kita dalam bulan mulia ni. Kalau ada yang tidak sedar tu, sedarkan lah diri korang, takkan kita nak jadi orang yang sentiasa leka je, betul tak?

Jadi, marilah kita sama sama tingkatkan amalan kita nak akhir akhir bulan ni. Bukan ke Allah mengatakan bahawa 10 malam terakhir Ramadhan merupakan hari hari yang terbaik. Dan tidak lupa juga, malam Lailatul Qadar.

Semoga segala amalan yang dilakukan dalam bulan ini akan di berkati, dan semoga Allah mengampuni semua dosa dosa kita yang lepas, kini dan masa akan datang. InsyaALLAH :)

Wednesday, August 17, 2011

One Less Lonely Girl

Hearing this song, only makes me think why can't I be the girl? Nah that's only in my dreams if Justin would want to sing that to me. But if Justin really wants to sing the song to me, I would be head over heals for it. HAHA !

The thing about this song it makes almost every girl hearing it special in some ways. Especially when he sings the part;
I'm gonna put you first
I'll show you what you worth
If you let me inside your world
There's gonna be one less lonely girl

The lyric is so full of meanings. I really wonder if there any guy that would make this verse a dream come true. A guy that would put his girlfriend/wife first, show her what she is worth of to him. That would be a knight in a shining armor. A guy that truly appreciate the girl for who she is. Not of what she is.

What I've realize nowadays, most guys go for material girls. The one with top fashion, latest trend, the HOTTEST chick in the town. What happen to the sense where you look at the girl for her heart, her feelings, her sincerity to love a person. I hope guys would start to realize about this thing. How important a heart is rather than the outer self of a person.

Ok, now I really wish that Justin would sing this song for me ! Can I be like that girl in one less lonely girl ? TEEHEE

P/S: The girl in the purple shirt is extremely lucky to be the one less lonely girl :)


Maaf Di Pinta

Korang mesti ingat ini entry untuk raya kan? Entry raya belum lagi, tapi ini entry untuk saya memohon maaf.

Mesti korang tertanya-tanya kenapa pula nak minta maaf? Ini kerana sejak dua tiga hari ni, saya rasa tidak sedap hati. Tak tahu lah kenapa. Perkara ini terjadi pagi tadi. Tiba-tiba sebelum nak siap siap pergi ke kelas, tengok luar tingkap bilik, motor saya dah di alihkan tempatnya. Pelik juga kenapa tiba-tiba motor yang saya parking elok-elok boleh bergerak tempat. Nak kata halang lalu lintas, tidak la. Nak kata block motor lain-lain dari keluar, tidak juga kerana kelas saya sentiasa pagi, tidak pernah ada masa kelas saya yang bermula selain 8.30 pagi. Curious.

Apa-apa pun, saya nak mohon maaf kepada mana-mana pihak jikalau saya ada melakukan apa-apa kesalahan kepada korang semua. Mungkin saya melakukan perkara yang menyinggungkan terhadap diri anda tanpa saya perasan. Saya memohon maaf. Kalau marah dan tidak puas hati dengan saya, datang jumpa saya dan cakap depan saya. Jangan lakukan perkara seperti ini untuk menyusahkan diri saya. Di bulan Ramadhan ini, jangan lah kita melakukan perkara yang tidak elok. Lagi lagi menganaia orang lain.

Monday, August 15, 2011

Masa

Macam almost every hour ada something nak post. Usuallt tengok pada post mereka mereka di facebook yang membuat saya nak tulis entry. Walaupun tidak panjang, tapi cukup untuk mengeluarkan idea idea dan kata hati yang ada.

Masa, kenapa masa? Semua orang tahu, dalam kehidupan ni, kita tidak dapat mengawal masa. Kita mengejar masa itu sudah tentu. Example, kejar masa untuk siapkan assignments, reports, bekerja. Semua kejar masa. Ada satu post di facebook yang membuat saya tergerak untuk tulis pasal masa ni.

Manusia sering kata mereka tidak bersedia untuk ini, untuk itu. Tapi, cuba kaitkan balik dengan apa yang saya kata dekat atas tadi. Sampai bila kita nak tangguhkan perkara perkara penting? Mungkin certain bloggers akan kata, "Eleh kau nak kata pasal orang, kau tu pun sama je."

Ya, saya memang sedar, ada kalanya saya membazirkan masa, Leka. Manusia sering leka. Saya juga manusia, penuh dengan kesalahan. Saya tidak sempurna. Kembali kepada isu tadi. Kenapa ada orang tangguh dan mengatakan mereka tidak bersedia melalukan perkara yang wajib? Pelik bukan? Mampukah korang berkata kepada malaikat Jibril, "Saya tak bersedia lagi nak mati, bagi saya masa lagi"

Sama seperti melakukan perkara yang wajib itu. Kita tidak tahu bila kita akan mati bukan? Alangkah baiknya kalau kita percepatkan segala perkara yang wajib. Kalau kurang paham dengan apa yang saya cuba katakan tidak mengapa, tapi cuba ambil ikhtibar dari perkara ini. Jangan lah kita lengahkan masa untuk melakukan perkara yang wajib. Kalau tiba masa malaikat maut tiba, masa itu tiada lagi.

Pilihan Raya


Ops, bukan pilihan raya Parlimen ya. Tapi pilihan raya di dalam universiti saya iaitu Universiti Teknologi MARA. Saje buat post ni sebab nak berterima kasih kepada pihak atasan Hal Ehwal Pelajar sebab menghapuskan sistem di mana Majlis Tertinggi (MT) Kolej tidak lagi kipas kipas MT lama.

Sekurang kurangnya bila ada pilihan raya yang kene isi borang, pergi interview ape semua. Kita tahu yang mereka ni serious dalam buat sesuatu kerja. Tak la jadi macam last sem punya kem MT bila MT-MT ni hantar budak budak yang tidak berjawatan pergi. Pada saya, rugi mereka yang tak pergi. Banyak ilmu yang di perolehi. Melainkan kalau hantar pelapis, itu lain cerita la. Ada la juga kolej kolej yang dah menghantar pelapis mereka, ok la tu. Tapi itu pun tak pasti yang mereka boleh bawa lagi sesuatu jawatan.

Experience jadi MT kolej ni banyak sebenarnya. In my point of view, tanggungjawab yang dipikul tu besar. Bak kata Timb. Rektor, MT Kolej ni merupakan kedua tertinggi dalam jawatan yang ada. Di sebabkan kami juga merupakan suara pelajar kepada pihak atasan. Dengar macam MEGA je kan? Bunyi macam hebat kan? Tapi, bila dah pikul tanggungjawab tu, kene la bertanggungjawab bukan? Tak boleh lepaskna tangan macam tu je. Macam-macam yang saya belajar. Sungguh banyak.

Bila jadi MT kolej, anda bekerja dengan orang lain dari fakulti lain dan jugak umur yang berbeza. Sama seperti seseorang itu bekerja di luar nanti. Kan kan kan? Macam macam ragam ada dalam sesebuah persatuan atau jawatan. Pelik bila pelajar mengatakan MT tak buat kerja, MT main-main, MT tak kisah pasal pelajar. Tapi disebalik takbir, mereka tahu ke yang setiap MT bekerja keras untuk pastikan kebajikan pelajar itu sempurna di kolej?

Kene banyak bersabar menjadi MT ni. Semoga pilihan raya kali ini lebih baik dari pilihan raya sebelumnya.

Sunday, August 14, 2011

Respect

2 post in a day. Maybe it can be more. Haaaa.. Kalau respect. Ape yang korang paham pasal respect ni? Menghormati la kan? *Ceh translate BM pula. Ape ape pun, topik ni masuk kepala saya kerana ade sesetengah pihak tak habis habis nak gaduh pasal RESPECT ni.

Sebelum korang respect orang lain. Cuba tanya diri sendiri. Korang respect ke diri korang sendiri? Korang ada rasa HARGA DIRI tak? Korang SAYANG tak diri korang? Kalau korang tak reti nak paham perkara ni, macam mana korang nak respect orang lain?

Ramai orang asyik bergaduh pasal RESPECT ni. Tapi, tak boleh nak respect diri sendiri. Apa guna nak RESPECT orang lain? Perkara ni selalu je jadi. Especially di kalangan Seniors and Juniors. Cube tanya diri korang sikit, "Kenape nak gaduh pasal RESPECT RESPECT ni kalau tak boleh nak respect diri sendiri?"

Sepatutnya kita hormati diri sendiri dulu, baru kita boleh belajar hormati orang lain. Saya naik muak dan menyampah tengok orang bergaduh pasal HAL ni. Sakit mata membaca, sakit telinga mendengar. Korang tak sakit ke? Sikit sikit gaduh pasal RESPECT ni. Nampak tak kita tak respect diri kita sendiri? Kalau nak orang hormati kita. HORMATI DIRI SENDIRI DULU.

Tak ada guna nak gadoh gadoh macam ni tau tak? Korang membazir masa korang je. Berape kali dah sebut dalam entry ni. HORMAT DIRI SENDIRI kem
udian baru boleh HORMAT ORANG LAIN. Korang tak suka orang buat pelik pelik dekat diri korang. Jangan buat dekat orang. Macam hukum alam jugak. KARMA. What goes around, comes around.

Fikir fikirkan lah korang. Saya tak suka kalau disebabkan isu ini, masalah besar boleh muncul lagi. Fikir jauh sikit la. Memang tak semua manusia itu sempurna. Termasuk diri ini. Tapi tolong pahamkan lah.

PLACE IT TO YOUR HEART !
And maybe you should watch this video to : http://www.youtube.com/watch?v=7sz5cI51enE

Growing Up

Maybe you guys are wondering what's it with growing up? Yes, it is part of life. From a baby to a child then grow again in teenager, go to the next stage adult and the oldest would be the elderly then you die. Do you want to live a live just like that? No one ones it right? Looking from the scientific way it would be easy to live like that. But in LIFE, there are many things that needs to be done. Many things to achieve. I only realize it when a dear someone told me about a few things.

How small I am with knowledge. How unfamiliar I am with life. All I wanted was to be in my own world. I thought I would be safe there. But it in the end, it back fires. Living in my own world only gives me pain. How silly I was to think that it is ok to be in your own world. I would call that selfish. Tones of things need to be learn to let you know what is the meaning of life. All this time I've been in a state of depression. Not knowing how to handle things. But, that dear someone really helped me a lot in realizing it. How to be strong, how to face the world as it is, how to become a person that is truly who you are, not the person that you made up yourself to impress people.

Oh gosh, many things need to be improved. I'm already 19 but so many things need to be change. Do I have the time? Would I get another chance of changing things? Making it right again? So many mistakes. Almost every night I would cry myself to sleep. Knowing that I've been such a childish person. I hope that dear someone would guide me for the rest of my life. You really helped to knock me out of my dream world and face reality. And I pray to God that he would give me more time to do so.