Tweet Tweet

Followers

Search This Blog

Tuesday, August 23, 2011

Re-post: filem aku, cerita aku, POSTER AKU!!


Filem yang berjudul 'Petik Cinta' arahan Yusop Malam ini mengisahkan dua orang pasangan yang lama terpisah sejak kecil lagi. Dan bertemu kembali dengan suasana yang berbeza. Jom baca sinopsis...

Hanafi (amezy) adalah tunang kepada Sarah (ameerah). Mereka telah ditunangkan oleh kedua ibu bapa mereka sejak berumur 3 tahun. Sewaktu Hanafi berumur 5 tahun, Hanafi mengalami kemalangan yang teruk juga mengakibatkan dia hilang ingatan. Setelah hampir setahun, keluarganya mengambil keputusan untuk berpindah ke Australia demi menyembuhkan Hanafi sepenuhnya.

Keputusan itu awalnya dibantah oleh keluarga Sarah, Kerana ibu dan bapa sarah tidak mahu anak nya berjauhan dengan tunang nya. Walaubagaimanapun ibu bapa Hanafi mengikat janji bahawa mereka akan pulang ke kampung setelah Hanafi pulih sepenuhnya. Sarah bersedih kerana dia merasakan bahawa Hanafi pergi meninggalkan dia.

Sarah seorang yang rajin belajar, bijak, tegas, dan suka menolong orang diwaktu perlukan bantuan. Sarah mula belajar melupakan Hanafi setelah Hanafi pergi meninggalkan dia. Setelah Sarah tamat zaman persekolahan, ibu sarah menceritakan semua yang berlaku pada sarah dan hanafi, sarah terkejut dan tidak percaya bahawa dia sudah bertunang dan tunangnya sedang menerima rawatan dari kemalangan yang telah ditimpa olehnya.

Sarah berazam mencari kembali tunangya itu. Impian itu turut disokong kuat dari keluarga sarah. Sarah mempunyai seorang adik perempuan iaitu Ain (aida). Dan sarah juga mempunyai kawan baik iaitu Merry (aishah) dan Farah (zurina). Ketiga tiga orang itu lah tempat sarah meluahkan pendapat, luahkan perasaan dan luangkan masa bersama sama. Sarah menceritakan semua pada kawan karibnya itu tentang tunangnya yang lama menghilang.

Pada waktu itu, Hanafi masih lagi menjalani terapi untuk mengembalikan semula ingatan yang hilang itu. Kata Doktor, hanafi perlu dibawa pulang ke kampung kerana itu lebih mudah membuat hanafi sembuh dengan lebih cepat. Tapi ibu dan bapa hanafi berdegil tidak mahu pulang ke kampung halaman, Walaubagaimanapun keluarga hanafi telah terlajak membuat keputusan. Mereka enggan pulang ke kampung kerana mereka yakin disini ada rawatan yang lebih bagus untuk menyembuhkan anaknya.

Ketika Hanafi berumur 19 tahun keluarganya nekad untuk pulang ke kampung. Walaupun hanafi masih lagi tidak ingat sepenuhnya, keluarganya tetap mahu pulang kerana takut mengungkiri janji yang telah diikat oleh keluarga sarah. Sebenarnya ibu bapa hanafi tidak berapa suka pada keluarga Sarah kerana ada keselisihan paham antara dua keluarga ini.
Hanafi masih lagi dalam alam fantasinya, juga terbayang wajah seorang budak kecil yang selalu ada bersamanya ketika dia masih kecil.

Ibu dan bapa hanafi menetap dibandar, mereka tidak mahu menetap dikampung lagi kerana mereka takut hanafi terjumpa dengan tunangnya, sarah. Keluarga hanafi tidak memberi apa apa khabar kepada keluarga sarah, sedangkan mereka sekeluarga sudah berada di negara asal. Ibu bapa nya nekad untuk menghantar hanafi melanjutkan pelajarannya di institusi yang ternama. Kebetulan Sarah dan kawan kawan karibnya itu mendapat tawaran di institusi yang sama.

Sewaktu pendaftaran sedang dijalankan, sarah ternampak seorang lelaki. Terus jantungnya seperti ada rasa sesuatu, lalu sarah bertanya dalam hati 'adakah dia tunangku?'.

Lalu, mula lah misi untuk mendekati seorang lelaki yang sudah hilang ingatan.
Pastikan anda tidak terlepas menonton filem terbaru pada disember ini.
Okay jangan nak bermulut puaka kat sini, Sila komen entry ni :)

Sebuah Filem Cinta Romantik

Hasil Karya : YusopMalam
Barisan Pelakon Yang Hebat :
AmezySyafie
AmeerahIdros
AishahAris
ZurinaJeffry
AidaIdros
MohdTuah
AznorAidil
SharulAzlie


Nantikan Disember ini dipawagam berhampiran anda :)

Credits to Amezy Syafie for creating this :) To me it's wonderful thing. Well done my friend :D <3

No comments:

Post a Comment