Tweet Tweet

Followers

Search This Blog

Saturday, August 20, 2011

Bulan Ramadhan Hampir ke Penghujuangnya

Assalamualaikum semua :)

Pejam celik pejam celik, dah nak berakhir bulan Ramadhan ni kan? Sekejap saja berlalu. Entah tidak kita akan bertemu kembali bulan Ramadhan yang mulia ini tahun depan atau tidak. Sama-sama kita doa supaya di beri peluang untuk bertemu bulan yang penuh berkat ini.

Jadi macam mana puasa korang setakat ni? Lancar? Kurang lancar? Harap harap berjalan dengan lancar. Bukan setakat puasa je, amalam korang macam mana pula? Meningkat ke? Menurun atau mendatar tak ubah apa apa? Moga moga berubah kepada yang lebih baik la. Sebab itu yang kita cari dalam bulan yang mulia ini bukan?

Sedar tak sedar, sekurang kurangnya kita sudah tahu kelemahan diri kita, lagi lagi bila kita tahu Syaitan telah diikat dan tidak menggangu kita dalam bulan mulia ni. Kalau ada yang tidak sedar tu, sedarkan lah diri korang, takkan kita nak jadi orang yang sentiasa leka je, betul tak?

Jadi, marilah kita sama sama tingkatkan amalan kita nak akhir akhir bulan ni. Bukan ke Allah mengatakan bahawa 10 malam terakhir Ramadhan merupakan hari hari yang terbaik. Dan tidak lupa juga, malam Lailatul Qadar.

Semoga segala amalan yang dilakukan dalam bulan ini akan di berkati, dan semoga Allah mengampuni semua dosa dosa kita yang lepas, kini dan masa akan datang. InsyaALLAH :)

No comments:

Post a Comment