Tweet Tweet

Followers

Search This Blog

Thursday, February 2, 2012

Contrak RM2 Juta


Seperti ramai yang tahu dan di gempar gempurkan, pemain negara Malaysia Mohd Safee Mohd Sali telah menerima tawaran untuk menyambung contrak beliau bersama kelab Pelita di Indonesia. Sekarang ia menjadi satu topik sebutan ramai. Ada yang setuju dia sign contrak tu, ada yang tidak.

Tapi bagi pandangan saya, ada bagusnya dia sign contrak tu pun. Kalau diikutkan dari segi ekonominya, dia sudah pun mempunyai kewangan yang stabil. Dia boleh sara keluarga dia, nak pergi berjalan jalan pun boleh. Bagus la tu.

Selain daripada itu, macam karangan la pulak tulis ni. Teehee. Selain tu, dari apa yang dia kata semasa interview dengan radio HOT FM, dia kata, dia nak mengembangkan karier dia dalam bola ni. Dan juga dia nak timba sebanyak ilmu yang boleh untuk pasukan negara. Tengok, sekarang dia dah menjadi Kapten untuk Pelita Jaya lagi. Korang tak bangga ke dengan pencapaian dia? Safee Sali, menjadi Kapten, menggerakkan pemain pemain Indonesia. Safee tu, rakyat Malaysia tu, jadi Kapten. Mampu?

Haaaa, nak kabo pulak ni, kepada mereka yang mengatakan tak ingat negara apa bagai, korang cuba fikirkan, dengan pengalaman yang Safee ada, bila dia balik ke negara nanti, dia boleh latih pemain pemain kita yang lain. Lagipun, kita ada banyak pemain yang berkaliber. Cuma diaorg perlu di gilap dan di sental supaya dapat mencapai prestasi seperti Safee. Dan baru di perkatakan tadi di HOT FM, tidak menjadi masalah untuk beliau bermain untuk pasukan Harimau Malaya. Tengok, khabar angin lagi oleh pihak pihak yang tidak berpuas hati.

Kita kena la fikir secara terbuka. Jangan terlalu fikirkan tentang yang buruk. Kita stay positif. Safee sendiri telah fikir perkara ini secara mendalam. Bukan dia mata duitan dan suka suka je nak sign contract tu, jadi kita sebagai penyokong dia, kene la sokong dia sentiasa. InsyaALLAH Safee akan kembali ke Malaysia untuk memantapkan lagi pasukan Harimau Malaya kita.

HIDUP HARIMAU MALAYA !


No comments:

Post a Comment