Tweet Tweet

Followers

Search This Blog

Tuesday, November 29, 2011

Kerja Oh Kerja...

Ya, saya sedang bekerja sekarang. Akibat tidak mahu membazirkan waktu yang ada, saya bekerja. Kerja Oh kerja... Kepada mereka yang pernah lalui alam pekerjaan ini, macam macam korang adh rasa bukan? Saya ni budak baru belajar, baru belajar nak kerja. Ye kerja... Kerja Oh Kerja...

Masalah sekarang ni bosan, tak da kerja. Pelik bukan? Orang tak nak kerja, tapi kita cari kerja. Aisehh, bajet nak kerja banyak. HAHA. Kerja saya ni tak la bergaji, allownce je dapat. Nama pun internship. Kerja untuk pengalaman sahaja. Tidak mengapa, internship sebenar saya akan  pergi ke tempat lain pula untuk meneruskan perjuangan ini.

Bila agaknya saya boleh bekerja. Seakrang ni tak terasa kerjanya. Mungkin bila orang baru tu masuk rasa la kerjanya. Rasanya la.. Kerja saya sekarang ni, pasang earphone, buka lagu, dan merenung masa depan. Tak da kerja sangat. Macam ni la jadinya. Tapi rasanya kalau orang lain, tak da kerja ni, berjimba sana sini la kot. Kalau tak da Encik A sebelah meja saya dengan laptop ni, mati dah rasanya saya ni. Kerja office ni, kalau duduk berjam jam tanpa apa apa. Boleh jadi gila agaknya. Mana taknya. Menonong je dalam office yang nyaman dengan penghawa dingin sampai nak beku ini.

Tapi, bila kerja dalam office ni, macam macam ragam boleh tengok. Ada orang macam ni, ada orang macam tu. Peribahasa melayu, Banyak udang banyak garam, Banyak orang banyak ragam. Memang macam macam ragam dapat tengok. Sana sini tak kene. Ini baru jadi trainee. Kalau dah kerja betul betul nanti macam mana? Parah boleh tengok nanti.

Tapi dalam masa yang sama, ada kebaikan yang boleh dicari. Walaupun masih awak untuk dikatakan *sebab baru kerja untuk 4 hari* Boleh saya ambil pengajaran supaya tidak bersikap demikian dalam kerjaya saya masa hadapan. Biarlah kita disegani dengan perkara perkara yang baik yang kita lakukan. Buat sesuatu dengan tulus ikhlas dan penting untuk pengalaman. Biasa lah, pengalaman membuat kita menjadi matang. Harap ia mematangkan saya lagi. Sebab saya memang kurang matang.

Saya betul betul harap, dengan pengalaman saya ada nanti, membuat saya lebih semangat untuk belajar. Maklumlah dapat tahu serba sikit dalam bidang yang akan diceburi. Sekali gus mendapat markah tinggi untuk peperiksaan dan akan terus ke luar negara. Wah, cita cita tinggi. Tak pe, cita cita itu ada. Usaha je tinggal untuk dilakukan.

Rasanya sampai sini saja bebelan saya. Kembali ke status mengalok dan tunggu masa untuk di beri tugasan. Hai kerja... Bila nak mula....

No comments:

Post a Comment