Tweet Tweet

Followers

Search This Blog

Tuesday, November 22, 2011

Harimau Muda Mengaum !

Setelah menunggu hampir 5 jam perlawanan antara Malaysia dan Indonesia, akhirnya segala galanya telah terjawab. Alhamdulillah Harimau Muda kita telah menjuarai perlawanan ini. Saya amat bangga dengan prestasi yang telah ditunjukan oleh pemain pemain kita ini. Amat bangga sekali.

Tapi agak sedih kerana pemain pemain kita hanya dapat menyambut kegembiraan hanya sementara di dalam stadium. Terpaksa naik kereta perisai untuk keselamatan mereka. Dan agak sedih juga, ada sesetengah pihak yang tidak berpuas hati atas kemenangan ini mahu membalas dendam yang bukan bukan. Kalau boleh jangan lah bersikap begitu. Adat permainan, mesti ada yang menang dan ada yang kalah bukan? Mungkin bukan rezeki lagi untuk menang.

Kepada rakyat Malaysia, kita pun jangan la hentikan sorakan yang sokongan kita kepada Harimau Malaya kita. Walau apa jadi dalam apa apa perlawanan, kita harus tetap sokong mereka tidak kira apa. Mereka telah usaha sedaya upaya mereka, jadi kita sebagai penyokong, terus mendoakan kejayaan mereka dan sokong mereka SELAMANYA ~

*btw, Mohd Muslim Ahmad, anda sangat comel ! Lagi lagi masa perlawanan semalam nak dekat2 habis bila pemain indonesia tu jatuh sendiri, Muslim cepat cepat kata bukan salah dia. COMEL :D !
Dapat jumpa Muslim saya akan jadi sangat gembira :D Pemain Harimau Muda berjersey 24 kegemaran ku !
2-4 Hari lahir saya tu xD


Gol Kemenangan Malaysia !




TAHNIAH HARIMAU MUDA !

1 comment: