Tweet Tweet

Followers

Search This Blog

Friday, November 11, 2011

Kenape mereka ni...?

Seperti yang korang semua tahu, hari ini merupakan tarikh yang begitu cantik. 11.11.11. Cantik kan? Akan tetapi, apabila saya melihat balik semalam, perbualan di Facebook dan juga Twitter, macam macam ada. Ada yang seronok menyambut kedatangan tarikh ini, ada yang mengatakan, apa istimewa tarikh ini. Macam macam ada. Tapi yang tak tahannya, bila saya cuba mengemukakan pendapat saya mengenai ada kebaikan dan keburukan sesuatu perkara, kenapa sesetengah pihak hanya nak melihat ia dari perspektif yang negatif? Seperti yang saya kata, ada baik buruknya.

Ok, dari sudut negatif yang ketara kita nampak, pada tarikh ini, ramai antara kalangan remaja ni, nak cari pasangan baru, keluar berdating, keluar jalan, pergi sana, pergi sini. Kalau dilihatkan, memang burukkan semua ini? Ya, saya sendiri setuju semua perkara ini tidak elok sebenarnya. Tapi kan, kenape korang hanya melihat akan semua perkara ini dan tidak melakukan apa apa? Kenape tidak cuba menasihatkan mereka? Anda semua boleh lakukan, cuma berani ataupun tidak. Kalau orang yang terlampau taksub sangat tu, cuba lah beri nasihat perlahan lahan kepada dia. Mana tahu, dengan kegigihan anda untuk membantu rakan anda, Allah juga memberi pertolongan kepada anda. Betul tak? 

Menurut Uztaz Azhar Idrus, Tanpa iktikad apa apa, kelebihan pada tarikh tersebut tidak berdosa, tapi bodoh. Sebenarnya, pada pandangan saya, tidak lah berapa bodoh perkara ini, ia cuma no yang cantik. Kalau korang lihat balik lah kan, sejak masuk era 2000, ramai dah mula trend tarikh ni. Ambil contoh tahun lepas 2010. Ramai yang post pasal tarikh 10.10.10 apa bagai, kenape sekarang korang nak bertanya itu ini? Tidak ke pelik tu? Ini sekadar pandangan saya, sokong atau tidak, itu terpulang kepada anda semua. Saya tidak ada kuasa untuk menyekat apa yang anda fikirkan.

Sekarang mari kita lihat dari segi positif. Kan tarikh ini cantik dan senang diingat bukan? Ada perkara perkara yang baik akan berlaku juga, seperti contoh, pada tarikh ini, banyak Masjid baru akan terbina, syaitan pula akan menangis. Kenape? Korang sendiri boleh tahu kenape kan? Selain itu, ini saya baca dari twitter, ada sahabat saya bertanya, apa nak dilakukan kepada tarikh ini, kemudian ada sahabat dia yang berkata, pergilah baca Yassin lagi dari membazir waktu. Kita tidak perlu melihat perkara ini dari sudut negatif saja, ini tengok, boleh je pergi baca Yassin, menunaikan solat solat sunat yang ada, meningkatkan pembacaan Al-Quran. Kan elok tu.

Semalam saya suka tengok tweet dari kawan saya Shahril Fawzy, (mesti ramai kenal dia kan? HAHA. BTW, click nama dia kalau nak tengok blog dia) Tweet dia betul betul buat saya senyum. Ini yang dia kata:

The only 1 Allah, The only 1 heart, The only 1 day, the only 1 month, the only 1 year and the only 1 world. Hello 11 11 11

Bukan kah ini perkara yang baik? Kita mengingati ALLAH. Tidak salah kan? Tapi, bukan pada tarikh ini hanya ingat ALLAH. Setiap hari kita sepatutnya ingat ALLAH. Tengok, kebaikan telah terjadi di sini bukan? Bukan duk merapu meraban pasal nak kapel apa bagai. Lagi di Facebook yang baru saya lihat, 

11.11.11 ~ nothing special except --> Today is FRIDAY ~

Specialnya tarikh 11.11.11 ~ sebab ~~> Jumaat penghulu segala hari dan pada hari jumaat juga:



1) Allah ciptakan Adam ,
2) Allah turunkan Nabi Adam ke bumi,
3) Allah mematikan Nabi Adam,
4) Pada hari itu juga ada satu saat yang tidak ada seorang hamba pun yang memohon sesuatu, kecuali Allah akan perkenankan permohonannya, selagi ia tidak meminta sesuatu yang haram.
5) Pada hari itu juga akan terjadinya hari kiamat. Tidak ada satu malaikat pun, sekalipun yang amat dekat kedudukannya di sisi Allah, langit, bumi, angin, gunung, juga lautan, melainkan kesemuanya memohon belas kasihan pada hari tersebut.

( Riwayat Hadis Muslim)

Ada kebaikan dalam setiap perkara yang terjadi sesuatu keburukan itu, kita sebagai manusia, seelok eloknya, lihat sesuatu perkara dari satu sudut, lihatlah juga dari sudut lain. Wallahualam...

2 comments: