Tweet Tweet

Followers

Search This Blog

Tuesday, November 1, 2011

Dendam

Entry bulan November ni bermula dengan kisah agak sedih. DENDAM. Dendam merupakan perkara yang sering kita dengar apabila seseorang tidak puas hati terhadap orang lain bukan? Yang saya pelik, kenapa perlu ada dendam dalam dunia ni? Tidak cukup lagi ke perkara negatif yang sudah sedia ada di dalam dunia ini? Mengikut dari apa yang saya baca dari Kamus Dewan dan Pustaka, dendam merupakan sesuatu perasaan akibat dari perkara yang tidak elok telah berlaku kepada seseorang yang di lakukan oleh orang lain terhadap dirinya. 

Mesti ramai antara kita pernah dendam antara satu sama lain. Macam macam perkara yang kita berdendam. Tapi sekarang ni, saya nak lihat dari satu sudut di mana, perlukah kita berdendam dengan seorang yang tidak berdendam dengan kita? Dan juga, berdendam dengan seorang yang telah memaafkan diri kita dengan keselahan kita? 

Amik contoh yang selalu perkara dendam ni akan terjadi. Percintaan. Ya cinta. Sebab cinta, ramai yang berdendam dengan bekas kekasih mereka. Kenapa? Apa yang anda akan dapat kalau anda berdendam dengan dia? Pahala ka? Rasanya tidak. Dosa adalah. Rasa puas hati setelah membalas dendam? Berapa lama akan rasa puas tu? Hingga ke hujung nyawa? Rasa rasanya, hanya sementara akan merasakan kepuasan di dalam hati. Selepas itu? Di selebungi kekesalan pula? Macam tu?

Contoh seterusnya, kalau kita ada buat salah kepada seseorang dan kemudian kita meminta maaf kepada orang itu. Patut ke kita dendam lagi dengan insan itu? Sedagkan dia sudah memohon maaf atas kesilapan dia, dan tidak menganggu hidup mereka lagi. Perlu lagi ka mengungkit? Perlua ka mencari jalan untuk membalas dendam? Sekali lagi, supaya mereka sakit kembali? Cuba la kalau seseorang itu memang sudah terluka dengan perkara perkara yang terjadi di sekelilingnya. Kita mahu tambah ka kesakitan yang di alami? Seperti luka yang masih baru, disapu garam. Apa rasa dia? Pedih perit bukan? Sedangkan Nabi Muhammad S.A.W boleh memaafkan umatnya yang telah melalukan pelbagai perkara yang amat dasyat lagi. Inikan kita sebagai manusia biasa. 

Sepatutnya, kita tidak perlu ada sifat dendam ini. Hanya akan merosakkan manusia sahaja. Oleh sebab dendam, banyak terjadi, persahabatan terputus, talian persaudaraan juga boleh terputus. Menjatuhkan maruah kaum sendiri dan tidak akan maju. Ini ke yang kita nak? Ubah la untuk kebaikan. Jangan hanya nak duduk dalam zon keselesaan anda dan melakukan perkara perkara yang boleh menyakitkan hati orang. Kalau tidak berubah sekarang, bila lagi nak? Betulkan?

Saya nak tanya pendapat anda sekalian, dengan contoh contoh yang saya bagi dekat atas sana. Apa yang korang rasa? Dan apa perkara yang kita boleh lakukan untuk minimum kan perkara dendam ini. Saya rasa mesti ramai yang ada pendapat masing masing bukan? Jadi, apa salahnya kita berkongsi bukan? 

Sekian.
Cuba perhati gambar gambar ini, dan hayati kata katanya



No comments:

Post a Comment