Tweet Tweet

Followers

Search This Blog

Monday, October 17, 2011

Saya Anak 1 Malaysia

Pada tarikh 14hb Oktober 2011 telah diadakan satu perhimpunan dinamakan Perhimpunan Kami Anak 1 Malaysia. Haaaaaa... Nak cerita la ni. Perhimpunan ni melibatkan seluruh Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) di seluruh Malaysia, termasuk Sabah dan Sarawak. Gempak tak bunyi dia?

Pada mereka yang telah lalui saat saat manis pahit getir di PLKN, mesti merindui semua saat saat itu. Setiap detik takkan dilupakan melalui aktiviti aktivit yang telah di sediakan untuk para pelatih kem. Masa perhimpunan ni, semestinya ramai yang akan teringat kisah masing masing di kem. Tambah lagi apabila dapat berjumpa dengan para jurulatih yang dicintai. Teringat pula, masa masa dulu di kem. Kena marah, kena lari 5 pusingan kolam. Haha ! Rindu betul. Lagi lagi rakan rakan yang ada. Syahdu pula rasa. Saat saat terindah itu menjalani kehidupan selama 3 bulan. 3 bulan yang sangat bermakna dan mengubah diriku.

Perhimpunan ini diadakan untuk menyambut anak anak atau pun boleh dikatakan, bekas bekas, para pelatih dan juga para pelatih yang akan datang untuk PLKN. Selain itu, perhimpunan ni diadakan untuk memupuk sikap 1 Malaysia di kalangan para remaja. Masa ni tak ramai bekas bekas pelatih Desa Rimba (Nama kem ku), ada. Yang ada pun beberapa kerat. Tapi seronok dapat jumpa diaorang ni balik. Mana tak nya. lama terpisah selepas habis kem. Lagi lagi diri ni balik awal dari kem atas sebab sebab tertentu. Sedih tinggalkan kawan kawan kem awal. Kawan kawan yang ada masa tu pun adik adik Jerung kesayangan ku lah siapa lagi. Tapi tak sangka Awie (seorang wira Charlie yang berasal dari Perak) dapat turun padang. Seronok ada dia. Nasib la awie ada. kalau tak, tak tau la ape jadi. Kawan seperjuangan ku, Dann pun ada. Kami budak budak Charlie ! HAHA ! Charlie hot stuff dekat kem kami :D

Aktiviti yang ada biasa saja, banyak persembahan. Tapi, persembahan paling menarik pada malam tu, bila ada macam diaorang ni buat kisah suka duka dalam kem. Kelakar tengok. Sambil tu teringat detik detik masa mula mula masuk kem. Cerita punya cerita rasa nak nangis pun ada masa tu. Ye la, siapa tak sedih meningatkan kisah masing masing di kem PLKN sendiri. Kalau dapat diulangi semula, diri ini nak balik masuk kem PLKN. Terasa sangat sekejap masa berlalu menjalani aktivi dalam kem. Kalaulah peluang tu ada, pasti ramai nak kembali.

Ini sedikit nasihat kepada adik adik yang akan menyertai kem PLKN ni dan bergelar Pelatih PLKN. Jangan bimbang dengan apa yang korang akan hadapi, semua itu akan membentuk diri anda apabila anda semua tamatkn sesi latihan anda di PLKN. Percayalah, PLKN merupakan satu pengalaman hidup yang korang akan sentiasa ingat selama lamanya. Tidak rugi pergi. Tapi akan rugi kalau tidak pergi dan menyertai aktiviti yang ada. Macam macam ragam korang akan lihat nanti yang pada akhirnya akan membantu sedikit dalam kehidupan anda di luar kelak. Jadi, jangan takut, jangan ada tanggapan negatif dalam diri, dan jangan anggap PLKN ini satu beban bagi anda. Sebab anda akan merindui suasana di dalam kem dan juga rakan rakan anda yang anda kenal yang telah menjadi seperti adik beradik anda. Macam saya, pasukan Charlie di Kem PLKN Desa Rimba Kuala Kangsar, menjadi adik beradik yang sangat rapat, dan ada yang jumpa buah hati yang kekal sampai ke sekarang. Haha.

Adik beradik Jerung. Kak Long sentiasa merindui korang semua. Harap 1 masa nanti, kita akan berjumpa dan buat perhimpunan kita sendiri. Amacam?

SAYA ANAK 1 MALAYSIA !
Kem PLKN Desa Rimba sentiasa di hatiku
Bersama jurulatih Kem PLKN Desa Rimba
Jurulatih Kompeni Charlie dan 2 bekas 2 balak wirawati Charlie 
Adik adik jerung dan rakan :P
Awie ! Adik jerung paling rapat :D
Walaupun kami berbeza kumpulan, Dann tetap mantop !
Saya Anak 1 Malaysia !
Ni pelatih siri ke 8 kumpulan 3
Happy korang semua ada :)

No comments:

Post a Comment