Tweet Tweet

Followers

Search This Blog

Thursday, September 29, 2011

Perjuangan Maseh Berlaku

Pagi hari ini telah ku lalui satu peperangan yang dasyat yang meninggalkan kesan luka dalam dan luas. Namun, ku tetap tabah keluar dengan berani. *Kenape la ayat ni sengal sangat. HAHA!

Biasa lah kan musim musim PEPERIKSAAN ni. Macam macam ragam kita lihat. Ada yang sampai tak tidur berhari hari semata-mata menelaah buku masing masing. Ade pula yang tidur terlebih, tapi masa exam memang boleh dapat jawab. Orang orang macam ni buat diri ini rasa terseksa kenapa la diriku bukan begitu. Haizz.. Ape ape pun, bersyukur dengan apa yang ada dalam diri kita. Mungkin kita ada kelebihan kita dari dia. Kita pun tak tahu. Usaha itu penting. Betul kan?

3 hari lagi untuk peperangan ini berakhir. 3 hari. Ohh 3 hari yang terseksa. Tak pa, sementara sahaja. Lepas ini boleh berjimba. Haha, tak da lah. Habis peperangan kembali berkhidmat untuk bonda dan ayahanda yang berada di rumah pula. Menjadi drebar untuk adik yang akan menduduki PMR dan menjaga kucing kucing yang comel tapi nakal di rumah. HAHAHA...

Perjuangan untuk hidup tidak akan pernah selesai di mana saja kita berada. Tidak kira masa dan tempat. Semua itu perjuangan. Kalau ada yang putus asa tu, kita cuba tolong mereka. Sebab selalunya kalau dah putus asa dalam perjuangan ni, kira macam nak bunuh diri. Kan kan kan?

Akhir kata, hidup penuh cabaran dan dugaan, tempuhinya dengan tabah. Sentiasa ingat pada Yang Maha Esa, kerana Dia juga yang akan membantu kita. Jadi ingat, Agi Idup, Agi Ngelaban ! [Selagi Hidup, Selagi Berjuang !]

No comments:

Post a Comment