Tweet Tweet

Followers

Search This Blog

Monday, August 15, 2011

Pilihan Raya


Ops, bukan pilihan raya Parlimen ya. Tapi pilihan raya di dalam universiti saya iaitu Universiti Teknologi MARA. Saje buat post ni sebab nak berterima kasih kepada pihak atasan Hal Ehwal Pelajar sebab menghapuskan sistem di mana Majlis Tertinggi (MT) Kolej tidak lagi kipas kipas MT lama.

Sekurang kurangnya bila ada pilihan raya yang kene isi borang, pergi interview ape semua. Kita tahu yang mereka ni serious dalam buat sesuatu kerja. Tak la jadi macam last sem punya kem MT bila MT-MT ni hantar budak budak yang tidak berjawatan pergi. Pada saya, rugi mereka yang tak pergi. Banyak ilmu yang di perolehi. Melainkan kalau hantar pelapis, itu lain cerita la. Ada la juga kolej kolej yang dah menghantar pelapis mereka, ok la tu. Tapi itu pun tak pasti yang mereka boleh bawa lagi sesuatu jawatan.

Experience jadi MT kolej ni banyak sebenarnya. In my point of view, tanggungjawab yang dipikul tu besar. Bak kata Timb. Rektor, MT Kolej ni merupakan kedua tertinggi dalam jawatan yang ada. Di sebabkan kami juga merupakan suara pelajar kepada pihak atasan. Dengar macam MEGA je kan? Bunyi macam hebat kan? Tapi, bila dah pikul tanggungjawab tu, kene la bertanggungjawab bukan? Tak boleh lepaskna tangan macam tu je. Macam-macam yang saya belajar. Sungguh banyak.

Bila jadi MT kolej, anda bekerja dengan orang lain dari fakulti lain dan jugak umur yang berbeza. Sama seperti seseorang itu bekerja di luar nanti. Kan kan kan? Macam macam ragam ada dalam sesebuah persatuan atau jawatan. Pelik bila pelajar mengatakan MT tak buat kerja, MT main-main, MT tak kisah pasal pelajar. Tapi disebalik takbir, mereka tahu ke yang setiap MT bekerja keras untuk pastikan kebajikan pelajar itu sempurna di kolej?

Kene banyak bersabar menjadi MT ni. Semoga pilihan raya kali ini lebih baik dari pilihan raya sebelumnya.

No comments:

Post a Comment