Tweet Tweet

Followers

Search This Blog

Monday, August 29, 2011

Masa Zaman Kecil Dulu...

Entry ini dituju khas kepada mereka mereka yang dilahirkan pada tahun 1990 an.

Ingat tak zaman zaman dulu, ye zaman muda mudi, sekolah rendah dulu. Lagi lagi bila masa baru masuk sekolah rendah, iaitu tahun 1. Semua masa tu comel comel je muka, dengan lelakinya berbaju segak rambut belah tepi, muka penuh dengan bedak mak sapukan. Yang perempuan pula, sama ada berbaju pinafore ataupun berbaju kurung, rambut ikat tepi macam telinga arnab, tak pun ekor kuda. Comel sorang sorang masa tu kan? Teringat masa dahulu, ada budak menangis sebab takut ibu bapa mereka tinggal mereka di sekolah sorang sorang. Sampai ke tahap parents terpaksa tunggu depan pintu kelas. HAHA ! Macam macam karenah ada dulu.

Habis tahun 1, naik tahun 2. Masa ni dah mula nak liar sikit, walaupun still ada malu malu dalam diri. Pada masa ni juga lah semua orang gila main game pemadam. Sanggup turun pergi ke kedai buku dekat bawah tu beli pemadam baru sebab nak kalahkan kawan punya pemadam. Jaga elok elok pemadam tu, tak nak guna langsung. Takut nanti buruk pemadam tu. Tak best main, tak pun, pergi beli yang lain. Kadang kadang dapat tengok dalam kotak pencil setiap orang, mesti ada lebih dari 5 pemadam. Kelakar betul.

Masa berlalu lagi, naik pula tahun tiga, tahun empat, tahun lima. Ops, tahun lima ni mula menggatal sikit. Biasa la, cinta monyet. Pada ketika ini, semua nak rapat dengan insan yang mereka suka. Mula kenal kenal lebih rapat, lepas tu, hantar hantar surat. Yang wajib mesti ada dalam surat tu. Bedak. Sebab nak bau wangi bila buka surat tu. HAHA ! Comel comel. Setiap hari kalau pergi sekolah, mesti nak kene jumpa dia. Walau apa terjadi, mesti mesti mesti jumpa dia. Kalau tak, mesti murung je dalam kelas. Kawan kawan pun mula bahan korang. Ayat standard dengar la, "Mad suka Shika, Mad suka Shika. Cinta yeee korangggg.." Muka tu tak perlu kata la, macam minta penyepak pun ada. Ops...

Naik darjah enam, YEAAAH ! Senior dari semua adik adik kecil yang ada. Darjah enam kira macam kerabat lah. Ada mahkota untuk sorang sorang. Senior la katakan. Jap jap, bukan senior, tapi, ULTIMATE senior. Kaaan? Masa ni mesti rasa diri masing masing hebat sebab paling tua dalam sekolah tu. Ada yang pergi buli adik adik kecik, ada yang bercintan di bawah pokok, ada yang suka duduk dalam perpustakaan, ada yang melepak je kerjanya. Macam macam karenah dah mula timbul dekat sini. Biasa la, dah fikir yang kita ni hebat kan? Bila nak muncul akhir tahun, Ujian Penilaian Sekolah Rendah, UPSR menghantui semua orang. Time result keluar, alhamdulillah ada yang berjaya dan ada yang kurang berjaya. Dekat sini juga kita dapat lihat lelaki menangis kegembiraan. Lelakikan mana suka menangis, time time macam ni la baru dapat tengok air mata mengalir dari mereka ni. Hehe, jangan marah wahai kaum adam.

Bila habis UPSR, kita ingatkan sudah habis lah segala galanya. Tapi, tidak, ia merupakan satu perjalanan baru yang terbuka luas di hadapan kita, jadi junior balik dekat sekolah menengah. Bermula kisah baru, terdetik coretan perjalanan hidup yang lebih mencabar. Zaman pun mula berubah. Dengan perlbagai teknologi dan IT yang tinggi. 

Pelik bukan kenape tiba tiba ada post ni. Biasa la, kalau dah mula teringat zaman kecil kecil dulu, rasa rindu. Nak saja pusing balik masa ni dan laluinya semula. Tapi, apakan daya, semua itu menjadi kenangan yang disimpan di dalam hati. Kalau nak diikutkan sebenarnya, sebab tulis entry ni, bila tengok cerita 3 ninjas. Cerita bermula pada zaman 1992. Wah, tahun aku lahir. HAHA ! Sebab tu tulis entry ni. Seronok tengok cerita cerita laam yang membawa seribu satu kenangan.

Rocky-Tum Tum-Colt

Sunday, August 28, 2011

Muka Cantik, Tapi...

A: "Hai awak ni cantik la. Best betul kalau dapat rupa macam awak ni."
B: "Terima kasih kata aku cantik. Aku memang cantik pun, tak macam kau tu. Selekeh, comot. Ish apa la."

Kadang kadang kita terlintas dengan orang orang macam ni bukan? Rupa dah cantik, tapi perangai kurang cantik. Tak kena dengan rupa mereka. Agak agak nya kenapa la mereka jadi macam ni. Tuhan dah kurniakan nikmat kecantikan, tapi buat perangai pelik pelik buat apa? Itu dah tukar jadi TAK cantik. Tak pasal pasal orang dah benci. Tak sukakan kalau di benci. 

Kalau diikutkan sebenar benarnya, orang akan lihat pada perangai. Bukan setakat muka yang SHANTEK tu. Silap hari bulan boleh membawa padah kepada diri sendiri balik. Ambil contoh la, kalau time perlukan pertolongan orang ramai, ada ke orang yang nak tolong kalau perangai pelik pelik? Tidak juga kan? Mesti orang nak cari perangai yang boleh ditoleransikan, dan baik. Mereka bukan tengok, "Ok, muka dia ni cantik, kita ambil dia dalam team kita" Tak da punyaa~

Memang kita perlu jaga penampilan diri, tapi penampilan PERANGAI itu lagi penting. Sebab, dari perangai, kecantikan kita yang sebenarnya akan timbul. Mereka menilai dari segi kebolehan dan kematangan seseorang. Macam contoh nak cari kerja, Pertama tengok penampilan, habis penampilan, terus diaorang akan lebih fokus kepada kualiti si individu.

Senang cerita, kita kena pentingkan perangai kita. Bukan sahaja penampilan yang shantek tu. Macam yang biasa kita dengar, budi bahasa budaya kitaa~ Budi bahasa tu perangai korang la. TEEHEE


Saturday, August 27, 2011

It's RAYA !

Hari yang di nanti nantikan tidak lama lagi akan muncul. Hah, macam mana? Baju raya dah ada belum? Balik kampung tak raya tahun ni? Baju raya warna apa? Tapi yang paling penting la, puasa korang penuh ke tak? Mana-mana yang puasa penuh tu, alhamdulillah korang dapat selesaikan ibadat wajib korang. Kepada yang tak penuh tu, nanti jangan lupa ganti pula. Nanti berganda pulak korang punya gantian. Tak pasal pasal.

Harap tahun ni membawa perubahan terhadap diri masing masing. Yang buruk ke baik, dan yang baik tu kepada yang lebih baik. Alang alang nak dekat habis puasa ni, tingkatkan lah lagi amalam yang ada sebelum bulan yang mulia, Bulan Ramadhan ini berakhir. Tak tentu lagi kita akan bertemu bulan ni tahun hadapan. Mana tahu kalau ajal tiba. Wallahuwa'lam. Kita hanya mampu berdoa untuk kesejahteraan hidup kita.

Apa apa pun, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada semua rakan rakan saya di luar sana. Yang mengenali diri ini ataupun tidak. Saya memohon maaf sekiranya pernah terlanjur kata, terkasar budi bahasa, dan macam macam lagi perkara negatif lah. Saya menyusun sepuluh jari memohon maaf kepada semua.

Raya kali ni, mari sama sama kita saling bermaaf-maafan antara satu sama lain. Tak elok kita berdendam lama lama ni. Nanti makan diri. Sendiri juga yang sakit. Mana yang berjauhan tu, Facebook ada, Twitter pun ada, kirim la salam kepada mereka dan memohon maaf. Mana yang dekat tu, lagi elok bersemuka dengan mereka dan meminta maaf. Kan ada yang mengatakan dari tangan terus ke hati. Macam post saya yang lepas juga, face to face to lebih baik, kita bersemuka lebih afdal. Interpersonal Communication ya ! HAHA ! :D

Ada lagi nak cerita sikit ni. Time raya ni, biasa lah dah habis puasa bukan? Rambang mata bukan tengok makanan yang ada? Jangan gelojoh pergi makan semua pula. Nanti perut kita terkejut. Al-maklum lah, kita berpuasa sebulan, perut pun jarang jarang proses makanan. Jadi bila nak makan tu, ala kadar ambil. Banyak lagi tempat nak pergi jalan jalan nanti kan untuk beraya? Makan sikit sikit pun cukup. Silap hari bulan kalau makan banyak tak bernafas di buatnya korang nanti. Kan dah sakit masa first day of raya. Tak best la kan?
Jadi, kita berpada-pada masa raya nanti :)

p/s: mana yang nak main mercun tu berhati-hati, nanti putus jari :P

SELAMAT HARI RAYA !
Gambar Kelas :P

Friday, August 26, 2011

Cakap Belakang Berani, Cakap Depan LARI

Kenape manusia sekarang ni suka cakapa belakang? Kenape mereka tidak berani cakap depan? Korang sendiri tau kan. And rasanya semua orang pernah alami perkara ni bukan?

Jadi, korang ada alasan tak kenapa manusia manusia sekarang ni suka cakap belakang? In my opinion la kan, sebab mereka takut rasanya. Mereka rasa lebh selesa cakap belakang sebab, takut kena belasah ke, kena maki balik ke. Macam macam alasan ada.

Bukan nak kata apa, saya sendiri pun pernah kata belakang (jujur ni ha). Tapi, bukan kah lebih elok cakap depan, kalau kita perasan la, kadang kadang naik menyampah tengok orang post macam macam di facebook, dan lama sosial lain. Lagi lagi kalau mereka gaduh dengan orang. Fuhh! ayat nak panas panas kalau cakap dalam facebook. Tapi, bila ajak jumpa, bukan main takut, ye ye la sangat nak jumpa. Sekali kalau kita muncul, mereka pula hilang. Mana keberanian anda?

Kalau boleh, sama sama praktikan lah bercakap depan depan ni. Tak da guna kalau cakap belakang. Masalah tak selesai pun. Tambah sakit hati ada la. Jangan belajar secara susah, kalau ada yang dah bagi tahu, ikut la kalau boleh. Mana tau satu masa nanti, perkara perkara begini semua dapat dielakkan. Betul tak?

Selain itu, kalau cakap belakang ni, banyak musuh boleh dapat. Sampai ke tahap, kawan baik sendiri boleh jadi musuh. Hanya disebabkan oleh perkara cakap belakang ni. Kan dah hilang satu kawan, musuh pula bertambah. Hidup nanti tak senang banyak musuh ni. Macam macam masalah lagi tambah ada la.

Kalau boleh, kita elakkan la perkara ni berlaku. Tak dapat apa apa pun. Kalau setakat nak dapat kepuasan hati, rasanya lebih puas kalau kita bersemua dengan orang itu. Sekurang sekurang nya kita dapat tahu reaksi dia apa semua. Betul tak? (macam ajar interpersonal communication pulak).

Apa apa pun, sama sama la kita berhenti cakap belakang ni. Tiada faedah yang boleh di terima. Lebih elok kita berbaik baik dan cakap terus terang dengan orang itu secara depan depan. Lebih afdal tau :)

Wednesday, August 24, 2011

Permata Biru



Kisah cinta tiga segi yang akhirnya menjadi satu tragedi.
3 orang sahabat tidak menyangka akan terikat di dalam sebuah kisah cinta tiga segi.

Fendy(TUAH), Fairuz(AMEERAH), dan Fitri(AMEZY) merupakan sahabat yang setia ketika mereka kecil lagi, tapi siapa dapat menyangka, dalam menjalani kehidupan seharian mereka untuk membesar, mula terjalin rasa cinta antara satu sama lain. Fendy, seorang jejaka tampan di gilai ramai gadis. Juga mempunyai sikap berbudi bicara dan rendah diri walaupun dia seorang yang berada. Manakala Fitri pula juga mempunyai kriteria idaman setiap wanita. Pandai berkata-kata, berketerampilan bergaya dan pandai menjaga setiap hati insan yang di kenali. Tidak lupa pada Fairuz, seorang gadis peramah, baik hati dan sentiasa menolong sahabat-sahabatnya ketika waktu susah namun senang. Fairuz sering kali bergantung kepada dua sahabatnya kerana takut akan kehilangan persahabatan yang telah lama terjalin.

Kisah percintaan mereka terungkap apabila mereka bertiga menyambung pelajaran ke institusi yang sama. Pada ketika itu, Fitri dan Fendy mula mengejar cinta yang selama ini di cari. Fairuz terlekat di antara dua pilihan, tidak tahu mana hatinya terpaut. Pertelingkahan berlaku antara ketiga-tiga sahabat bagi merebut gadis idaman mereka. Persahabatan yang telah lama terjalin mula retak. Fairuz merasakan dirinya punca segalanya. Fairuz mula mengelak Fendy dan Fitri kerana tidak mahu lagi pertelingkahan berlaku antara mereka. Akan tetapi dalam diam, Fairuz sebenarnya menyimpan perasaan terhadap salah sorang dari mereka. Namun, nasib malang menimpa Fairuz dan dia terlantar di hospital untuk berbulan-bulan.

Sedih dengan kemalangan yang menimpa diri Fairuz, Fendy dan Fitri cuba sedanya upaya untuk berada di sisi Fairuz. Tidak pernah lekang mereka berdua berkunjung ke hospital dengan harapan Fairuz akan sedar. Pada ketika itu juga, Faizah, seorang gadis menawan cuba menggoda mereka berdua dengan agendanya yang tersendiri ingin me
miliki jejaka yang tampan dan bergaya. Hanya kerana ingin status di tempat yang baru dan tidak mahu digelar gadis kampung.
Cemburu menguasai diri Faizah melihat keakraban yang ada antara Fairuz, Fendy dan Fitri. Dalam dirinya hanya tahu, dia hendak meretakkan hubungan mereka.

Dapatkah Fitri dan Fendy mengejar cinta mereka? Adakah Faizah akan menjadi pemusnah segalanya? Sedarkah Fairuz dari tidurnya?

Semuanya terjawab dalam novel, Permata Biru. Nantikan penerbitannya tahun hadapan :D