Tweet Tweet

Followers

Search This Blog

Tuesday, August 23, 2011

Re-post: filem aku, cerita aku, POSTER AKU!!


Filem yang berjudul 'Petik Cinta' arahan Yusop Malam ini mengisahkan dua orang pasangan yang lama terpisah sejak kecil lagi. Dan bertemu kembali dengan suasana yang berbeza. Jom baca sinopsis...

Hanafi (amezy) adalah tunang kepada Sarah (ameerah). Mereka telah ditunangkan oleh kedua ibu bapa mereka sejak berumur 3 tahun. Sewaktu Hanafi berumur 5 tahun, Hanafi mengalami kemalangan yang teruk juga mengakibatkan dia hilang ingatan. Setelah hampir setahun, keluarganya mengambil keputusan untuk berpindah ke Australia demi menyembuhkan Hanafi sepenuhnya.

Keputusan itu awalnya dibantah oleh keluarga Sarah, Kerana ibu dan bapa sarah tidak mahu anak nya berjauhan dengan tunang nya. Walaubagaimanapun ibu bapa Hanafi mengikat janji bahawa mereka akan pulang ke kampung setelah Hanafi pulih sepenuhnya. Sarah bersedih kerana dia merasakan bahawa Hanafi pergi meninggalkan dia.

Sarah seorang yang rajin belajar, bijak, tegas, dan suka menolong orang diwaktu perlukan bantuan. Sarah mula belajar melupakan Hanafi setelah Hanafi pergi meninggalkan dia. Setelah Sarah tamat zaman persekolahan, ibu sarah menceritakan semua yang berlaku pada sarah dan hanafi, sarah terkejut dan tidak percaya bahawa dia sudah bertunang dan tunangnya sedang menerima rawatan dari kemalangan yang telah ditimpa olehnya.

Sarah berazam mencari kembali tunangya itu. Impian itu turut disokong kuat dari keluarga sarah. Sarah mempunyai seorang adik perempuan iaitu Ain (aida). Dan sarah juga mempunyai kawan baik iaitu Merry (aishah) dan Farah (zurina). Ketiga tiga orang itu lah tempat sarah meluahkan pendapat, luahkan perasaan dan luangkan masa bersama sama. Sarah menceritakan semua pada kawan karibnya itu tentang tunangnya yang lama menghilang.

Pada waktu itu, Hanafi masih lagi menjalani terapi untuk mengembalikan semula ingatan yang hilang itu. Kata Doktor, hanafi perlu dibawa pulang ke kampung kerana itu lebih mudah membuat hanafi sembuh dengan lebih cepat. Tapi ibu dan bapa hanafi berdegil tidak mahu pulang ke kampung halaman, Walaubagaimanapun keluarga hanafi telah terlajak membuat keputusan. Mereka enggan pulang ke kampung kerana mereka yakin disini ada rawatan yang lebih bagus untuk menyembuhkan anaknya.

Ketika Hanafi berumur 19 tahun keluarganya nekad untuk pulang ke kampung. Walaupun hanafi masih lagi tidak ingat sepenuhnya, keluarganya tetap mahu pulang kerana takut mengungkiri janji yang telah diikat oleh keluarga sarah. Sebenarnya ibu bapa hanafi tidak berapa suka pada keluarga Sarah kerana ada keselisihan paham antara dua keluarga ini.
Hanafi masih lagi dalam alam fantasinya, juga terbayang wajah seorang budak kecil yang selalu ada bersamanya ketika dia masih kecil.

Ibu dan bapa hanafi menetap dibandar, mereka tidak mahu menetap dikampung lagi kerana mereka takut hanafi terjumpa dengan tunangnya, sarah. Keluarga hanafi tidak memberi apa apa khabar kepada keluarga sarah, sedangkan mereka sekeluarga sudah berada di negara asal. Ibu bapa nya nekad untuk menghantar hanafi melanjutkan pelajarannya di institusi yang ternama. Kebetulan Sarah dan kawan kawan karibnya itu mendapat tawaran di institusi yang sama.

Sewaktu pendaftaran sedang dijalankan, sarah ternampak seorang lelaki. Terus jantungnya seperti ada rasa sesuatu, lalu sarah bertanya dalam hati 'adakah dia tunangku?'.

Lalu, mula lah misi untuk mendekati seorang lelaki yang sudah hilang ingatan.
Pastikan anda tidak terlepas menonton filem terbaru pada disember ini.
Okay jangan nak bermulut puaka kat sini, Sila komen entry ni :)

Sebuah Filem Cinta Romantik

Hasil Karya : YusopMalam
Barisan Pelakon Yang Hebat :
AmezySyafie
AmeerahIdros
AishahAris
ZurinaJeffry
AidaIdros
MohdTuah
AznorAidil
SharulAzlie


Nantikan Disember ini dipawagam berhampiran anda :)

Credits to Amezy Syafie for creating this :) To me it's wonderful thing. Well done my friend :D <3

Sunday, August 21, 2011

Senang tiada, Susah kembali juga


Bila time tengah senang, dia lupakan kita, tapi bila di timpa masalah, mula berlari datang cari balik. Orang-orang macam ni tak malu ke dengan diri mereka sendiri? Tidak malu ke dengan perangai yang di buat?

Anggap diri macam kain buruk ke pe. Betul tak? Amik contoh la, bila meja kotor, ambil kain dan sapu, bila tak guna, biakan je la bende tu tersidai je. Pelik be
tul dengan orang macam ni, lagi-lagi kalau dalam kisah percintaan, buat diri macam tempat simpanan, bila jumpa bf atau gf lain, amboih bukan main sakan tinggalkan diri dan bia menunggu. Tak kisah pasal sakit hati orang tu ke, sedih orang tu ke. Mungkin tak la kot kalau diaorg boleh buat macam tu.

Nak kata tidak berperikemanusiaan pun boleh jugak. Cuba kalau mereka terkena apa yang mereka buat. Mungkin baru nak sedar kot. Tapi yang sedih kalau ada sesetengah dari mereka yang langsung tidak sedar dan terus melakukan perkara seberikut.

Kepada yang suka mengamalkan perkara begini, tolong hentikan lah. Tiada faedah yang dapat kalau anda melakukan perkara ini melainkan benci yang diterima. Fikir-fikirkan.

*Macam kain buruk ni la. Tinggal je macam tu

Saturday, August 20, 2011

Bulan Ramadhan Hampir ke Penghujuangnya

Assalamualaikum semua :)

Pejam celik pejam celik, dah nak berakhir bulan Ramadhan ni kan? Sekejap saja berlalu. Entah tidak kita akan bertemu kembali bulan Ramadhan yang mulia ini tahun depan atau tidak. Sama-sama kita doa supaya di beri peluang untuk bertemu bulan yang penuh berkat ini.

Jadi macam mana puasa korang setakat ni? Lancar? Kurang lancar? Harap harap berjalan dengan lancar. Bukan setakat puasa je, amalam korang macam mana pula? Meningkat ke? Menurun atau mendatar tak ubah apa apa? Moga moga berubah kepada yang lebih baik la. Sebab itu yang kita cari dalam bulan yang mulia ini bukan?

Sedar tak sedar, sekurang kurangnya kita sudah tahu kelemahan diri kita, lagi lagi bila kita tahu Syaitan telah diikat dan tidak menggangu kita dalam bulan mulia ni. Kalau ada yang tidak sedar tu, sedarkan lah diri korang, takkan kita nak jadi orang yang sentiasa leka je, betul tak?

Jadi, marilah kita sama sama tingkatkan amalan kita nak akhir akhir bulan ni. Bukan ke Allah mengatakan bahawa 10 malam terakhir Ramadhan merupakan hari hari yang terbaik. Dan tidak lupa juga, malam Lailatul Qadar.

Semoga segala amalan yang dilakukan dalam bulan ini akan di berkati, dan semoga Allah mengampuni semua dosa dosa kita yang lepas, kini dan masa akan datang. InsyaALLAH :)

Wednesday, August 17, 2011

One Less Lonely Girl

Hearing this song, only makes me think why can't I be the girl? Nah that's only in my dreams if Justin would want to sing that to me. But if Justin really wants to sing the song to me, I would be head over heals for it. HAHA !

The thing about this song it makes almost every girl hearing it special in some ways. Especially when he sings the part;
I'm gonna put you first
I'll show you what you worth
If you let me inside your world
There's gonna be one less lonely girl

The lyric is so full of meanings. I really wonder if there any guy that would make this verse a dream come true. A guy that would put his girlfriend/wife first, show her what she is worth of to him. That would be a knight in a shining armor. A guy that truly appreciate the girl for who she is. Not of what she is.

What I've realize nowadays, most guys go for material girls. The one with top fashion, latest trend, the HOTTEST chick in the town. What happen to the sense where you look at the girl for her heart, her feelings, her sincerity to love a person. I hope guys would start to realize about this thing. How important a heart is rather than the outer self of a person.

Ok, now I really wish that Justin would sing this song for me ! Can I be like that girl in one less lonely girl ? TEEHEE

P/S: The girl in the purple shirt is extremely lucky to be the one less lonely girl :)


Maaf Di Pinta

Korang mesti ingat ini entry untuk raya kan? Entry raya belum lagi, tapi ini entry untuk saya memohon maaf.

Mesti korang tertanya-tanya kenapa pula nak minta maaf? Ini kerana sejak dua tiga hari ni, saya rasa tidak sedap hati. Tak tahu lah kenapa. Perkara ini terjadi pagi tadi. Tiba-tiba sebelum nak siap siap pergi ke kelas, tengok luar tingkap bilik, motor saya dah di alihkan tempatnya. Pelik juga kenapa tiba-tiba motor yang saya parking elok-elok boleh bergerak tempat. Nak kata halang lalu lintas, tidak la. Nak kata block motor lain-lain dari keluar, tidak juga kerana kelas saya sentiasa pagi, tidak pernah ada masa kelas saya yang bermula selain 8.30 pagi. Curious.

Apa-apa pun, saya nak mohon maaf kepada mana-mana pihak jikalau saya ada melakukan apa-apa kesalahan kepada korang semua. Mungkin saya melakukan perkara yang menyinggungkan terhadap diri anda tanpa saya perasan. Saya memohon maaf. Kalau marah dan tidak puas hati dengan saya, datang jumpa saya dan cakap depan saya. Jangan lakukan perkara seperti ini untuk menyusahkan diri saya. Di bulan Ramadhan ini, jangan lah kita melakukan perkara yang tidak elok. Lagi lagi menganaia orang lain.